Friday, September 2, 2011

Senjata sulit BN terdedah

Senjata sulit yang digunakan BN bagi mempertahankan kuasa sejak 54 tahun lalu akhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFTFpAKQWDhyphenhyphenz1PP1qRJGXWLpG5fkPJwbHyc6uzKeqs5Fj0CszkGz_HOdkMh5aCN_KjumEq2gyhrW1hEV48_rfh6M3IIFlsvYA9HJQf0JDCd_1fZxPaLaZ6JGUeRoxc5dz8ljTFzazNR2n/s320/pr.jpgirnya terlondeh apabila kepincangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai terdedah.

Bermula dengan warga asing diberi MyKad, pemindahan pengundi Sabah ke Selangor dan daftar induk SPR yang meragukan menarik perhatian ramai.

Malah sehingga kini isu itu gagal dijawab kerajaan BN sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang boleh menghakis kepercayaan rakyat.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, isu pendatang asing diberi My- Kad mendedahkan kepincangan JPN sehingga boleh membahayakan negara.

“Di Singapura kerajaannya menapis dengan rapi mereka yang hendak diberi taraf warganegara.

Hanya yang mempunyai kelayakan profesional sahaja dipertimbangkan.

“Namun, di negara kita semuanya pakai ambil tangkap muat sahaja tanpa mengenali status individu terbabit. Syaratnya asalkan mengundi BN,”katnya di sini.

Media alternatif dan media baru mendedahkan pelbagai kepincangan dalam daftar pemilih induk SPR Senjata sulit BN terdedah sehingga nama ‘Kg Baru’ didaftar sebagai pengundi.

Selain itu, dikesan ramai yang memiliki dua kad pengenalan terutamanya anggota pasukan keselamatan.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, warga asing bukan sahaja mendapat MyKad sebaliknya didaftarkan sebagai pemilih.

“Hasil maklumat, ditemui ramai warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan China memohon sebagai warganegara.

“Konspirasi itu amat membahayakan negara ini kerana ia boleh mengancam kestabilan rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Pakatan Rakyat merangka gerak kerja yang lebih terkehadapan bagi menangani isu tersebut.

Beliau juga berharap rakyat perlu membuat bantahan kerana ia boleh mengancam kedudukan mereka.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, perdebatan terbuka perlu diadakan bagi merungkaikan isu yang membelenggu SPR dan JPN sekarang.

“Namun, saya tidak yakin pihak Umno dan BN bersedia menyahut cabaran itu. Kalau sekiranya JPN memproses permohonan kewarganegaraan mengikut tata cara yang ditetapkan, itu tidak menjadi masalah.

“Kita lihat sekarang seolah-olah ada perancangan dan konspirasi peringkat tertinggi untuk tujuan-tujuan politik.

“Bagi saya beban untuk membuktikan tidak berlaku penyelewengan itu terletak pada JPN,” katanya.

Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Abdullah berkata, masalah paling serius berlaku sekarang apabila SPR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat kerana tindak-tanduknya sendiri.

“Ini bercanggah dengan Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam,” katanya.

Beliau yang juga mantan Speaker Dun Kelantan berkata, amalan di luar termasuk India, Pakistan dan Bangladesh di mana mantan hakim dan peguam dilantik sebagai ahli SPR.

“Mereka dari sudut disiplin kerja tidak tertakluk kepada kerajaan.

Mereka bukan dari kakitangan kerajaan. SPR di sana mampu menjadi kerajaan sementara apabila parlimen dibubarkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.