Tuesday, September 27, 2011

PAS telah buka jalan tulis semula sejarah

Oleh SAFAR JUMAAT

SEBAGAI bekas pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia, tentulah ramai yang http://al-ahkam.net/home/images/stories/pas_kanak2.jpgterkejut dengan kenyataan Prof Dato’ Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Namun, dari kenyataan itu, ia sekaligus membuktikan ada sesuatu yang tersembunyi dalam sejarah negara ini, sama ada Tanah Melayu pernah dijajah atau tidak, tetapi siapakah yang terlibat secara langsung di dalam menuntut kemerdekaan.

Malah, yang lebih penting, apakah pejuang-pejuang kemerdekaan ini dimonopoli sekumpulan puak kanan sahaja, dan tidak langsung melibatkan puak beraliran kiri.

Atau sejarah ditulis sedemikian rupa, kerana mahu menyembunyikan beberapa perkara penting.

Dalam hal ini, seluruh rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mencetuskan polemik ini.

Jika tidak kerana ‘kelancangan’ mulutnya, yang mahu masyarakat Malaysia melihat balik peristiwa serangan Bukit Kepong, 61 tahun yang lalu, tiada siapa peduli dengan apa yang sudah tertulis.

Tidak mengapalah jika isu Bukit Kepong, masyarakat tidak mahu mengikhtiraf Mat Indera sebagai hero kerana Allahyarham dikatakan mengetuai Rejimen 10 PKM menyerang Balai Polis tetapi janganlah segalagalanya mahu disusun untuk menjadikan orang tertentu sahaja sebagai hero dan pejuang dalam menuntut kemerdekaan.

Mat Indera mungkin tersilap memilih PKM menjadi ‘kenderaan’ perjuangannya tetapi sejarah keseluruhan negara bukan semestinya dipunyai Allahyarham Dato’ Onn Jaafar seorang.

Bukan Onn sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini dan tidak ada sebab anak cucuk Onn Jaafar mahu berdendam dengan Mohamad Sabu hanya kerana Mohamad Sabu mahu sejarah negara ditulis semula.

Belum terlambat sebenarnya untuk pihak yang berpengatahuan di dalam negara ini mengkaji semula sejarah negara. Onn Jaafar boleh sahaja terus diiktiraf tetapi sumbangan orang lain termasuk Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad dan Burhanuddin Al-Helmy tidak boleh disisihkan.

Buka minda seluas-luasnya. Mustahil mereka yang pro Umno sahaja boleh terfikir untuk memerdekakan negara dan mereka yang beraliran selain dari pro Umno, tidak boleh diikhtirafkan. Ini sudah teruk. Itulah sebabnya, bila berbual selepas selesai Puasa Enam dengan kawan-kawan baru-baru ini, mereka mentertawakan tindakan segelintir NGO yang kononnya mempertahankan pejuang-pejuang ini.

Sibuk mereka ini, dari kalangan pelbagai NGO membuat laporan polis dan bergambar di pusara para pejuang ini. Jika tidak kerana Mohamad Sabu, dari segi logik akal, apakah ada sesiapa yang ingin ke pusara pejuang ynag mereka pertahankan ini?

Jika pusara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra pun mereka tidak pernah sampai, mustahil mereka ini sedia untuk bertahlil dan membaca Yassin di pusara bekas anggota polis yang terkorban di Bukit Kepong.

Jika ramai yang beranggapan Prof Zainal Kling terkeliru kerana mengatakan Tanah Melayu tidak pernah dijajah, ramai juga yang mengharapkan pandangan Prof Zainal Kling ini dijadikan ‘titik mulaî’ untuk pihak berkuasa mengkaji dan menulis semula sejarah negara.

Jika tiada inisiatif ini, nescaya rakyat akan terkeliru dan rakyat akan terus tertanyatanya, yang mana satu betul, apakah Tanah Melayu pernah dijajah atau tidak.

Jawapannya tidak boleh dijawab oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tetapi ia memerlukan satu pengkajian yang lebih mendalam dan bebas.

Buktikan kesilapan Mohamad Sabu dengan fakta yang lebih tepat dan bukan menyerangnya dengan isu politik yang bertujuan mahu membunuh karektornya.

Umno sebenarnya bimbang dengan populariti Mohamad Sabu di dalam menyampaikan ceramah. Umno tidak mempunyai seorang tokoh pidato sehebat Mohamad Sabu.

Jadi, apabila Mohamad Sabu memberi ‘bola tanggung’ kepada Utusan Malaysia, maka inilah masanya mereka menggunakan kesempatan untuk smash sekuat mungkin.

Bola tanggung Mohamad Sabu ini menyebabkan Utusan Malaysia dan beberapa surat khabar arus perdana boleh ‘dapat rezeki mewah’ dengan mengulang-ulangi cerita dan berita yang sama untuk lebih 21 hari, yang merupakan ‘berniaga tanpa modal’.

Para pemimpin PAS kelihatan tidak mendapat sokongan yang jitu daripada DAP dan KeADILan dalam isu ini tetapi bersandarkan pengalaman dan ilmu yang pemimpin-pemimpin PAS ada, mereka dapat menahan serangan bertubitubi dari Umno-BN ini.

PAS sebenarnya sudah lama bersendirian. Selama ini pun PAS berhadapan dengan Umno-BN secara bersendirian. Jadi, tidak ada sebab untuk PAS gentar dengan serangan dari BN ini.

Ini hanya perkara kecil walaupun kelihatan ramai para pengampu Umno bersama-sama Umno-BN menyerang Mohamad Sabu.

Usah sesiapa mempertikaikan sama ada benar atau tidak kenyataan Mohamad Sabu ini kerana niatnya hanya satu, mahu pengiktirafan terhadap perjuangan kemerdekaan oleh semua yang menyumbang dan bukan di kalangan golongan elit sahaja.

Niat Mohamad Sabu itu sudah berjaya diputar belitkan dan akhirnya menampakkan bahawa Mohamad Sabu dan PAS adalah penyokong komunis.

Walaupun mereka berusaha untuk membuktikan bahawa Mohamad Sabu dan PAS menyokong komunis, tetapi tentulah usaha ini tidak akan berjaya kerana PAS lebih jelas dilihat sebagai sebuah parti Islam.

Namun, mereka yang menyerang Mohamad Sabu dan PAS sebenarnya mahu merosakkan imej PAS dan kalau boleh menjadikan PAS terkeluar dari DAP dan KeADILan bagi memudahkan BN berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang.

PAS perlu bertegas untuk terus memperjuangkan sejarah negara ini ditulis semula walaupun hasrat ini nanti akan menyebabkan PAS dituduh sebagai menyokong komunis dan cuba untuk mempersoalkan sejarah negara.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.