Sunday, September 25, 2011

Guna Islam untuk tak nak buat apa Islam suruh buat

Oleh Penarik Beca

Dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata:"Negara akan huru-hara sehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGBcVfP7XyEXs2UHZADoL2Z0eTkCVHIYfQdhHw6PShl2bfS3XtCfZbKjdrmVEtl4QFdkHY60Glh8amgeU_G2PUbaEt1h3-J_14tQKRGezJ7kVdrYYMLAUmsoj7Ezl7-5hLAS0y2dsAs7D2/s1600/Caturist_Najib+Tun+Razak.jpgkiranya undang-undang Islam dilaksanakan" (Kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983)

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu

Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu" (Kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992)

La ni, dia dah reti sikit untuk bercakap. Dia kata:
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu".
Najib juga dah pandai cakap fasal maqasid syariah. Dia kata:
"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip maqasid syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan".
Saya lebih percaya cakap Najib pada 20 April 1983 dan 20 April 1992, berbanding kenyataannya yang nampak sangat calculated dan dikarang-karang seperti yang dipetik oleh berita Malaysiakini semalam bertajuk "PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia".

Nampak sangat Najib bajet macam dia tahu sangat bila dia sebut maqasid syariah. Nak tergelak aku baca kenyataan dia. Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama cakap fasal maqasid syariah bila dia nak tolak perlaksanaan hudud di Kelantan ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga ratib-ratib benda yang sama bila tak nak buat apa yang Islam suruh buat di Kedah la ni.

Saya ada seorang kawan baik yang saya hormat sangat yang mengajar maqasid syariah sana sini. Tapi saya tak rajin tanya dia bab maqasid syariah. Saya juga tak tahu apa matlamat ulama besar Abu Ishaq Ibrahim al-Shatibi ketika beliau mencipta jurus ilmu yang dipanggil maqasid syariah.

Saya tak perlu mendalami semua itu sebab saya tak ada perancangan nak jadi ulama. Nak jadi ulama lagu mana, aku malas mengaji.

Tetapi yang saya pasti, bila ahli-ahli politik sebut fasal maqasid syariah, mereka sebenarnya sedang menggunakan hujjah dari cabang ilmu Islam untuk tak nak buat Islam, untuk menolak perlaksanaan apa yang Allah s.w.t. suruh laksanakan (saya sebut ahli-ahli politik, saya tak sebut dari parti mana sebab lebih kurang ja depa semua).

Depa guna Islam untuk tak nak buat apa yang Islam suruh buat. Kurang ajaq!

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.