Tuesday, August 9, 2011

Timbalan Presiden PAS ,Mohamad Sabu anggap polis berbohong

WAWANCARA ringkas Wartawan Pulau Pinang, MOHD SABRI SAID bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah keluarganya di Tasek Gelugor, 22 Julai lalu bagi menjelaskan dakwaan Polis kononnya beliau terbabas jatuh dari motosikal dan bukan dilanggar oleh kereta peronda polis. Ikuti butirannya.


WARTAWAN: Macam mana keadaan lutut saudara selepas pembedahan?

MOHAMAD SABU: Alhamdulillah berkat doa rakan-rakan semua, pembedahan lutut saya untuk memasukkan besi sudah pun selesai. Selepas seminggu pembedahan iaitu pada 15 Julai lalu saya sudah boleh meletakkan kaki kanan ke lantai, tidak macam mula-mula kena dulu.

Terpaksa dipapah atau bertongkat tanpa meletakkan tapak kaki ke lantai sebab rasa sakit yang teramat sangat di bahagian lutut.

Sakitnya bukan main-main sebagaimana dakwaan polis yang mengatakan saya cuma cedera ringan selepas dirempuh oleh kereta Proton Waja milik peronda polis pada 9 Julai lalu.

Sekarang ini, ia agak membengkak semula apabila duduk terlalu lama atas kerusi roda. Maklumlah pagi tadi terpaksa ke Tingkat 28, Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk sidang media bersamanya menafikan saya berbohong.

Kalau nak berjalan 10 ke 15 kaki bertongkat, sudah boleh dengan kaki diletakkan terus ke lantai berbanding dulu agak sukar.

Media arus perdana mendakwa saudara berbohong dirempuh polis walhal motorsikal yang saudara dinaiki terlanggar pengadang jalan dan jatuh, kemudian polis datang membantu kerana cedera ringgan?Benarkah begitu atau apakah yang terjadi sebenarnya?

Semua apa yang polis paparkan tidak benar. Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam visual kerana Pajero milik polis itu berada di hadapan.

Jika diperhati, nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motosikal. Lagipun, buat apa saya tipu. Siapa mahu masuk hospital, duduk saja tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim. Tambahan lagi kaki masuk skru besi, tentu mengambil masa lama untuk baik kembali.

Doktor yang merawat saya sendiri boleh jadi saksi keadaan sebenar kaki kanan yang dirawatnya. Cuma polis saja yang pandang ringan sebab terlalu ikut kata tuan mereka tanpa bersikap adil, telus dan cekap.

Bagi menangkis tohmahan jahat polis ini, saya sudah pun mengarahkan peguam PAS, Hanifa Maidin untuk menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnah saya.

Setelah dinasihati peguam, saya tidak akan teragak-agak untuk bertindak menerusi undang-undang sekiranya beliau tidak memohon maaf.

Sekarang, polis bekerja kuat menafikan yang mereka bertindak zalim dengan menyiarkan video kepada pihak media. Padahal, umum tahu sikap polis terhadap peserta Himpunan Aman Bersih 2.0... Sebab itu kita ada Suruhanjaya Penyiasat, Kehakiman atau Badan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Namun, saya beri kepercayaan kepada Suhakam kerana ia lebih telus membuat siasatan kerana ia bersikap terbuka berbanding daripada siasatan polis. Jika polis tidak kasar bagaimana boleh ada kematian, kecederaan seperti YB Khalid Samad yang menerima jahitan di kepala.

Sahabat kita dari Balik Pulau yang menerima 20 jahitan luar dan bahagian dalam mulut, pengawal Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang jadi mangsa keganasan. Sedangkan perhimpunan kita aman. Tidak siapa membawa apa-apa ‘senjata’ sehingga mengakibatkan pihak polis bertindak di luar batasan.

Apakah saudara merasai sudah memadai dengan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu?

Belum memadai lagi untuk kita berpuas hati sebab sampai saat ini SPR belum pun berbincang untuk menerima tuntutan Bersih 2.0, begitu juga kerajaan yang berkuasa.

Mereka berdiam diri tetapi cuba mengalih pandangan rakyat dengan cerita kononnya pembangkang memperkudakan Bersih 2.0 di samping membuat tuduhan polis bertindak jahat dan keterlaluan.

Sekiranya SPR atau kerajaan masih berdegil, tidak mustahil satu lagi kebangkitan rakyat Bersih 3.0 akan bergema dengan kumpulan yang lebih besar. Apa pun kita tunggu dalam masa tiga bulan akan datang.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.