Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Presiden MCA marah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana diskriminasi terhadap orang China dan lebih utamakan orang Melayu dalam isu pemberian kontrak.
Kenyataan daripada Presiden MCA ini, menyebabkan rakyat tertanya-tanya siapa yang pembohong?. Umno atau MCA yang bohong, atau kedua-dua pembohong.
Selama-lama ini pemimpin Umno membawa isu ini kepada pengundi-pengundi melayu terutamanya, dengan mengatakan melayu Pulau Pinang ditindas di bawah pimpinan YAB Lim Guan Eng.
Sebenarnya MCA dan Umno sudah dilanda penyakit demam panas, sehingga hilang daya ingatan dan rasional. Umno hendak beli undi Melayu, MCA hendak beli undi China. Biarlah mereka bercakap merapu asalkan cita-cita politik mereka tercapai.
YAB Lim Guan Eng mengatakan beliau memberi kontrak berdasarkan kebolehan melalui tender terbuka. Beliau menyatakan beliau bukan rasis, tetapi melawan rasuah.
Kenyataan Presiden MCA sekarang sudah terjawab. Kerana inilah yang menjadi modal penceramah Umno kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas Melayu dengan tujuan orang Melayu jangan sokong Pas, kerana DAP bersama dengan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment