Oleh Addin 
SPRM menyiasat kerugian dalam Skandal Rasuah yang melibatkan syarikat Milik Kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad (SDB) yang secara tidak langsung adalah juga milik
 rakyat. Oleh itu, Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada rakyat dan negara.
 rakyat. Oleh itu, Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada rakyat dan negara. Projek  Minyak dan Gas Bulhanine; Projek Minyak dan Gas Maersk Oil Qatar (MOQ),  Projek Pembinaan Kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan Projek Janakuasa  Hidroelektrik Bakun merupakan empat projek yang dikatakan menjadi punca  utama menyumbang kepada kerugian ini.
Antara faktor penyebab adalah kelewatan dan penanggungan kos yang berlebihan dalam beberapa projek sehingga menyebabkan Syarikat Sime Darby Berhad mengumumkan kerugian sebanyak RM964 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2010.
Sehubungan laporan kerugian  tersebut, SPRM telah melancarkan ‘Ops Billion’ bagi menyiasat kes  kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah. Hasil  siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang  pegawai kanan Sime Darby Berhad. 
Tangkapan  pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby  Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas  dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada  pemilik sebuah syarikat. 
Suapan  tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja  membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply  (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah  USD134 juta. 
Pegawai tersebut  juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik  syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai  sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan. 
Ekoran  daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember  2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00  sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby  dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda  (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut  Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah  Seksyen 16 Akta yang sama. 
Tangkapan  kedua pula melibatkan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan  Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa di Bahagian yang sama atas  dua kesalahan iaitu menerima rasuah dalam bentuk cek berjumlah  RM99,000.00 daripada seorang kontraktor kerana membantu dengan pemberian  maklumat harga bidaan supaya syarikat kontraktor berkenaan memperoleh  kerja-kerja sub-kontraktor bagi kerja pembinaan yang bernilai  RM14,430,000.00 dan juga kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby  Engineering. 
Ekoran daripada  itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan  Projek Antarabangsa tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Shah  Alam pada 6 Ogos 2010 atas dua pertuduhan iaitu secara rasuah memperoleh  suapan iaitu dua keping cek bernilai RM50,000.00 dan RM49,000.00  daripada seorang kontraktor. 
Beliau  turut menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara  langsung bagi dirinya dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan  tanpa kebenaran pihak pengurusan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. dan  telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang  boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama. 
Tangkapan  ketiga pula melibatkan Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby  Engineering atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah bayaran kelengkapan  perabot berjumlah RM33,600.00 dan seutas jam tangan berjenama ‘Rolex’  yang berharga RM21,700.00 kerana membantu meluluskan dan mempercepatkan  tuntutan bayaran kemajuan berhubung Projek Kumang dan Tangga Barat  Cluster Development Projek Fasa 1 dan Duplex Energy Sdn. Bhd. 
Ekoran  daripada itu, Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn.  Bhd. telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada 3 Januari  2011 atas dua pertuduhan dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta  Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia 2009. 
Atas inisiatif SPRM supaya satu tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilakukan dalam kes ini, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah dibentuk bagi menyiasat kes ini di bawah bidang kuasa masing-masing.-Addin
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment