Sunday, August 21, 2011

Kerenah Propaganda Media BN

Oleh Faekah Husin

Kami memandang serius berita baru-baru ini bahawa BBC UK telah menggantung semua program terbitan syarikat Media FBC berikutan tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti dalam urusan mereka dengan kerajaan Malaysia. Malah, CNBN juga mengambil langkah sama atas sebab-sebab yang sama.

Langkah drastik ini diambil susulan wujudnya dakwaan bahawa FBC Media telah menerima RM60 juta daripada Kerajaan Malaysia untuk menghasilkan laporan positif mengenai kerajaan pemerintah.

Kami terkejut kerana wang pembayar cukai telah dibelanjakan dalam jumlah yang banyak semata-mata untuk menaikkan imej Perdana Menteri dan kerajaan - imej yang telah tercalar teruk disebabkan cara kerajaan mengendalikan perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu , selain tuduhan-tuduhan rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran yang kini mencapai tahap paling rendah.

Kita perhatikan bahawa FBC Media mempunyai kaitan rapat dengan syarikat perhubungan awam APCO - sebuah syarikat yang telah dikenali oleh seisi rumah di Malaysia. Kami bingung mengapa Kerajaan Persekutuan memerlukan perkhidmatan syarikat yang mengkhusus dalam melakukan putar belit fakta dan kebenaran untuk rejim kuku besi dan/atau penyangak seperti Israel, Kazahkstandan Nigeria.

Mungkinkah rakyat Malaysia akan menikmati tadbir urusyang lebih baik jika berpuluh-puluh atau beratus-ratus juta dibelanjakan untuk syarikat syarikat perhubungan awam asing berbanding dibelanjakan untuk membersihkan sistem pilihan raya, memperkenalkan usaha anti-rasuah yang lebih cekap, memperkasakan komuniti ekonomi yang kurang terbela dan melabur dalam infrastruktur awam yang mapan.

Sekiranya Kerajaan Persekutuan memerlukan bantuan, nasihat, contoh atau semuadi atas dengan berhubung perbelanjaan dana awam dengan cara yang lebih cekap serta memberi manfaatkepada rakyat, kerajaan negeri Selangor dengan senang hati sedia berkongsi kepakarannya.

Pada masa yang sama, kami akan menasihatkan menteri-menteri Persekutuan yang mempunyai cita-cita politik yang besar supaya memberi tumpuan kepada kritikan-kritikan terhadap kerajaan mereka sendiri sebelum membuat dakwaan tidak berasas mengenai Kerajaan Selangor. Dengan bukti dan dokumentasi yang tidak dapat dipertikaikan, setiap tuduhan yang dilemparkan menteri-menteri Persekutuan telah terbukti tidak berasas dan dibuat dengan niat buruk.

Semua ahli-ahli politik BN perlu cari jalan untuk bekerjasama dan bersama-sama membina Selangor yang lebih baik, dan bukannya tunduk kepada politiking yang tidak berkesudahan dan tidak produktif. Kami berjanji untuk meneruskan usaha-usaha pembangunan yang mesra rakyat tanpa sebarang gangguan dan tanpa perlu membayar jumlah yang berlebihan kepada syarikat pembekal perkhidmatan perhubungan awam yang diragui.

Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.