Friday, August 19, 2011

Dr Lo’ Lo’ sentiasa pastikan yang terbaik

Oleh INTAN ABDULLAH

KEKUATAN semangat dan kegigihan padu dalam diri Allahyarhamuha Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali merupakan antara keistimewaan dan kelebihan yang dimiliki ahli parlimen itu.

Itu pandangan yang dikongsi anak kedua beliau, Muhammad Fawwaz Aminuddin menceritakan keperibadian serta sifat ibunya yang sangat dikasihi itu.

“Hal tersebut sangat menonjol dalam banyak peristiwa. Antaranya ialah ketika menjalankan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU- 12) apabila beliau bertanding di Parlimen Titiwangsa. Beliau memberanikan diri pergi ke kawasan kubu kuat Umno bagi tujuan kempen.”

Katanya, bekas Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu disifatkan tidak takut kepada apa-apa malah ketika dimasukkan ke lokap sekalipun beliau berasa itu adalah suatu pengiktirafan atas sebuah perjuangan.

“Kami sekeluarga risau kerana Dr Lo’ Lo’ seorang wanita yang agak berusia tetapi baginya itu bukan suatu masalah,” ujarnya yang cukup memahami perjuangan yang dimaksudkan ibunya itu.

Malah tambah Muhammad Fawwaz, Dr Lo’ Lo’ sentiasa bersedia serta sanggup berkorban segala apa yang dimiliki demi menjalankan sebuah tanggungjawab kepada agama dan negara.

Semangat Allahyarhamuha katanya semakin membara setelah peristiwa pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang melonjakkan dirinya untuk terus berjuang dengan lebih gigih.

Memandangkan beliau seorang yang sangat proaktif sebagai pendebat, ketua pelajar dan sebagainya sejak di bangku sekolah lagi, sifat tersebut membuatkan dirinya mahukan segalanya terbaik dan luar biasa.

Baginya, seorang pemimpin dan Muslim yang baik ialah yang mampu membukti segala apa yang diperkatakan dengan perbuatan - malah hasil kepada setiap tindakan perlu seiring dengan kehendak Islam dan keperluan umum.

“Bukan itu sahaja, dia juga memastikan kami anak-anaknya memperolehi yang terbaik dari segi pendidikan sehinggalah beliau turut sama terlibat membantu PIBG sekolah anakanak dalam apa jua program dan aktiviti,” ceritanya.

Dr Lo’ Lo’ sering menekankan aspek cakap serupa bikin yakni pembuktian kepada kata-kata yang tidak sekadar bersifat retorik malah ianya realiti dan berkesan dalam amalan.

“Beliau telah berusaha membangunkan Pusat Kesihatan Islam dengan nama Pusat Kesihatan Kohilal bersama beberapa temannya,” jelasnya.

Namun begitu, Muhammad Fawwaz menyifatkan sifat keibuan dan penyayang ibunya itu begitu mendalam sehingga semua yang pernah mengenalinya terasa sentuhan keikhlasan dan kasih sayang walaupun dalam pelbagai bentuk.

“Ramai yang mengenalinya merasai sentuhan keluhuran serta keikhlasan kasih sayang yang dihulurkan - inilah keunikan dan keistimewaan mama yang saya sayangi,” katanya lagi.

Katanya lagi, ibunya tidak meletakkan sebarang jurang dengan sesiapa dalam apa jua yang dilakukan sama ada ketika berhubung dengan seorang menteri mahupun rakyat di peringkat bawahan.

“Semuanya dilayan sama, malah ketika menaiki LRT bersamanya dan beliau terlihat pasangan muda yang duduk rapat beliau segera bertanya status hubungan keduanya lantas memberikan nasihat secara spontan seperti ibu menasihati anaknya,” ujarnya lagi.

Muhammad Fawwaz menyatakan bahawa ibunya membuktikan Muslimat PAS bukanlah muslimah yang bersifat tipikal dan tidak berkebolehan untuk memimpin dan berkhidmat kepada rakyat - segalanya telah dibuktikan.

“Saya sangat berbangga dengan pencapaian mama kerana dia adalah inspirasi dalam hidup saya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Jamilah Ibrahim menceritakan allahyarhamah Dr Dr Lo’ Lo’ sentiasa pastikan yang terbaik Lo’ Lo’ merupakan generasi perintis kepada penglibatan golongan profesional di dalam PAS.

Pada ketika itu, beliau yang menerajui kepimpinan Dewan Muslimat PAS menawarkan Allahyarhamuha yang merupakan seorang doktor perubatan ketika itu untuk sama-sama terlibat secara aktif bersama-sama PAS setelah melihat komitmen yang ditunjukkan Dr Lo’Lo’ menerusi kolum dalam majalah al- Muslimah.

“Antara matlamat utama tindakan Mak Lah pada masa itu adalah untuk meramaikan golongan profesional yang berjiwa Islam bersama-sama gerakan Islam khususnya PAS.

“Mak Lah tawarkan dia terlibat dengan Unit Amal Nisa’ Wal Banat setelah Puan Normah Alwi, dan almarhumah mengembangkannya lagi dengan unit fatayat.”

Selain merasakan almarhumah sebagai seorang yang sangat rajin, fokus unit baru tersebut memberikan tumpuan kepada anak-anak yang memerlukan bimbingan dan perhatian.

Ustazah Jamilah yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Mak Lah menyifatkan Allahyarhamuha sebagai seorang aktivis yang bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban apa sahaja.

“Dr Lo’ Lo’ seorang yang ‘outspoken’ dan berani menyuarakan sebarang masalah serta isu untuk kepentingan ummah. Perkara ini membuatkan Mak Lah berasa selesa dengan pembawaan Allahyarhamuha. “Alhamdulillah, kami bersamasama berjuang untuk membuka bilik gerakan Halwa sebagai pelaksana dalam pilihan raya.”

Tambah bekas senator itu, almarhumah juga turut sama memperjuangkan keperluan penglibatan muslimat di Dun dan Parlimen walaupun berbagai-bagai kata-kata dilemparkan ke atasnya.

Menyifatkan pencapaian Muslimat PAS di Dun dan Parlimen yang kian memberangsangkan, Ustazah Jamilah merasakan Allahyarhamuha merupakan antara ahli parlimen yang rajin berkhidmat kepada rakyat.

Dalam pada itu, Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan pemergian Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali sebagai satu kehilangan besar memandangkan beliau merupakan satu simbol generasi transformasi dalam dewan itu. Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata bekas Timbalan Ketua Muslimat itu telah berjuang bagi mengangkat suara dan kedudukan muslimat untuk diletakkan ke tempat yang sewajarnya.

“Kita telah kehilangan seorang pemimpin yang saya anggap sebagai kakak dalam perjuangan ini, yang mempunyai pelbagai kelebihan dan jasa kepada PAS sehingga mampu berperanan untuk membawa suara dan mengangkat martabat muslimat,” katanya kepada Harakah ketika diminta ulasan mengenai sumbangan Allahyarhamuha Dr Lo’Lo’ baru-baru ini.

Tambahnya, pada peringkat awal penglibatan Allahyarhamuha yang berada dalam saf kepimpinan Dewan Muslimat diberikan tugasan yang berkait dengan kebajikan, kemasyarakatan dan kesihatan.

“Kemudian, beliau dilantik menjadi Pengarah Unit Amal Nisa’ Wal Banat pada sesi 1997/99 sehingga 1999/2001 selepas Puan Normah Alwi sehingga mencapai zaman kegemilangan unit tersebut sebagai sebuah pasukan beruniform.

“Beliau mahu generasi muda ketika itu melibatkan diri dalam menyantuni kesusahan rakyat dan banyak aktiviti Nisa’ digerakkan untuk memenuhi kerja-kerja teknikal,” ujarnya.

Jelas Athirah, antara program yang berjaya di bawah kelolaan beliau menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat ialah kempen ‘Kami Prihatin’ yang menggambarkan kesungguhan PAS dalam menjaga kebajikan rakyat dan ahli PAS.

Bagi meneruskan kesinambungan usaha dan sumbangan Allahyarhamuha kepada masyarakat di Titiwangsa, Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bersedia menyahut amanat Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali dalam mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hasan berkata beliau bersedia berusaha ke atas mempertahankan kerusi parlimen tersebut dengan segenap tenaga dan kekuatan yang ada pada sayap tersebut.

“Pemuda berjanji akan terus memikul amanah rakyat yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada kami bersama-sama dengan PAS kawasan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa.

“Sememangnya pemergiannya sangat dirasai oleh Dewan Pemuda. Peranan beliau yag sangat penting dalam perjuangan PAS sememangnya amat sukar dicari ganti.

“Dr Lo’ Lo’ juga seorang yang gigih berjuang. Beliau telah berjaya dengan segenap tenaganya melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya.

“Ini terbukti apabila beliau berjaya menempatkan diri di hati masyarakat khususnya di kawasan parlimen Titiwangsa selepas diamanahkan menjadi wakil rakyat pada PRU12 yang lalu.”

Kekosongan kerusi ini tidak membawa kepada pilihan raya kecil. PAS buat pertama kali memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa pada Mac 2008.

Justeru, Shahir berkata walaupun peruntukan tahunan sepatutnya disalurkan kepada setiap ahli parlimen disekat, ia tidak mematahkan semangat Dr Lo’ Lo’ untuk terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat Titiwangsa sehingga nafasnya yan terakhir.

Katanya, jasa dan peranan Dr Lo’ Lo’ sangat besar dan sifat beliau seperti seorang ibu yang sering memberi teguran dan nasihat kepada Dewan Pemuda tidak akan dilupakan malah akan menjadi azimat perjuangan.

Sehubungan itu, Shahir berkata bagi sesiapa yang ingin membuat sumbangan kewangan untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan yang telah ditinggalkan Dr Lo’ Lo’ di Titiwangsa dan mahu mempertahankan kerusi itu kepada PAS, bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad DPPT bernombor 14041010075204.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.