wartaShubhi
Sedih dan geram membaca cerita seorang pakcik berumur 85 tahun yang memeluk Islam pada tahun 1964 setelah berkahwin dengan seorang wanita muslim. Dia merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari England. Dia datang ke Malaysia pada tahun 1948 ketika waktu darurat untuk bekerja di estet.
Sedih dan geram membaca cerita seorang pakcik berumur 85 tahun yang memeluk Islam pada tahun 1964 setelah berkahwin dengan seorang wanita muslim. Dia merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari England. Dia datang ke Malaysia pada tahun 1948 ketika waktu darurat untuk bekerja di estet.
Berkat perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak dan mereka juga mengambil 2 lagi anak angkat yang mana salah seorangnya adalah anak gadis kecil berketurunan India. Anak gadis itu dibela dan di besarkan dengan mengamalkan Islam sehinggalah pada tahun 1983.
Ketika itu mereka pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara Ipoh bagi mendapatkan kad pengenalan anak gadis yang mereka besar tersebut dan amat malang sekali apabila pegawai berdegil mengekalkan identiti anak gadis tersebut sebagai India dan beragama Hindu.
Walaupun Isterinya memprotes tindakan pegawai pendaftaran tersebut, mereka masih gagal membuat kad pengenalan anak angkat mereka sebagai seorang muslim. Akibatnya anak mereka dikenali sebagai India beragama Hindu dan begitulah dia dilayan di mana-mana termasuklah di sekolahnya.
Anak gadis itu membesar dan ketika belajar di KL, telah berkahwin dengan seorang Kristian yang amat aktif di gereja walaupun kedua ibubapa angkat mereka membantah tapi ia sudah terlambat.... baca kisahnya di sini.
Kepada siapakah kita harus persalahkan dalam hal seperti di atas. Sedangkan orang Kristian bertungkus lumus mahu berdakyah pada orang ramai agar masuk Kristian, sistem di Jabatan Pendaftaran Negara Ipoh pula bertungkus lumus mahu orang kekal dikenali sebagai kafir.
Jika pegawai yang menguruskan hal tersebut seorang muslim, amat malanglah pegawai tersebut. Barangkali pegawai itu bukan seorang Muslim dan dia sengaja mahu memastikan agar anak gadis tersebut kekal kafir. Ini mungkin kes terpencil tapi ia menggambarkan bagaimana kedudukan kita dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan tapi tidak ada kesungguhan menegakkan Islam dan menjadikan procedure masuk Islam lebih kondusif dan mudah.
No comments:
Post a Comment