Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS  Pusat  yang dipengerusikan  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi   Awang, hari ini selesai  membentuk kabinet penuh parti itu .
.
Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.
 .
.Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.
Jawatan  Bendahari pula bertukar kepada Datuk  Abdul Halim Abd Rahman manakala  Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini  penyandang jawatan itu diberi  amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya  PAS Pusat.
Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi   jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa,   Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar   Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.
 Perkara   itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media   di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.
Perkara   itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media   di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu."Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.
"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.
Bagi   Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami  perubahan  iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd  Taufek Abdul  Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari  dan Sabah-  Aminuddin Halim.
Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment