Tuesday, March 15, 2011

Tafsir - Surah al-Qariah

Timbangan: Berat atau Ringan

Firman Allah s.w.t. seterusnya dalam ayat 6 hingga 9, maksudnya: " Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing). Adapun orang yang berat timbangan amal kebaikannya, maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah 'hawiyah'.

Manusia akan dihadapkan di mahkamah Allah s.w.t. untuk dikira amalannya di dunia. Berkaitan dengan timbangan ini, Abu Daud dan al-Hakim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. isteri Nabi s.a.w., ia berkata: " Suatu hari aku teringat akan kedahsyatan neraka sehingga membuatkanku menangis. Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kepadaku: ' Apa yang membuatmu menangis?' Aku menjawab: 'Aku teringat akan neraka, lalu aku menangis. Apakah Rasulullah akan ingat keluarga Rasulullah nanti pada hari kiamat.

" Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud: ' Kelak pada tiga keadaan, maka tidak ada seorang pun yang akan mengingati lain lain; iaitu (pertama) pada saat timbangan (amal) sehingga ia tahu timbangan kebaikannya lebih berat atau lebih ringan, (kedua) pada saat buku-buku catatan amal berterbangan sehingga ia tahu buku itu jatuh ke tangan kanannya, tangan kiri atau dari belakangnya dan (ketiga) pada saat melintasi titian (sirat) yang terletak di atas punggung neraka sehingga ia melaluinya."

klik siri 1

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.