Friday, March 11, 2011

Tafsir - Surah al-Qariah

siri 1 - ayat 1 hingga 11

Firman Allah dalam surah al-Qariah dari ayat 1 - 11 yang bermaksud:

1. Hari yang menggemparkan.
2. Apakah dia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu ialah hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
6. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing) adapun orang yang berat timbangan amal baiknya.
7. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang-lenang.
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya.
9. Maka tempat kembalinya ialah "hawiyah".
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "hawiyah" itu?
11. (Hawiyah itu ialah) api yang panas membakar.

Surah ini merupakan surah Makkiyah yang menduduki tempat ke-101 dalam susunan surah-surah al-Quran dan diturunkan selepas surah Quraisy. Namanya diambil daripada perkataan al-Qariah yang terdapat dalam ayat pertama yang bermaksud ketukan yang amat keras. Walau bagaimanapun, maknanya dipakai dalam kontek lain yang lebih luas iaitu merujuk kepada hari kiamat.

Keseluruhan firman Allah dalam sebelas ayat ini menjelaskan tentang kiamat. Ia merangkumi gambaran fenomena kedahsyatan hari kiamat yang diingkari oleh golongan Musyrikin. Allah s.w.t. menggambarkan sebagai sesuatu yang amat menakutkan dan mengerikan. Manusia yang selama ini ketika berada di dunia sentiasa dimuliakan akan berada dalam keadaan tidak dihargai sehingga ditiupkan berterbangan laksana belalang yang melayang-layang dalam tiupan angin kencang yang tidak dapat dikawal oleh sesiapapun melainkan Allah s.w.t.

Gunung-ganang yang amat kukuh menjadi seperti bulu yang berterbangan ke sana sini. Keadaannya tidak jauh berbeza berbanding batu-batu kerikil kecil yang dilontar. Kemudian manusia akan dihimpunkan di hadapan Allah s.w.t. untuk dihisab dan menerima balasan atas segala tindak-tanduknya di dunia.

klik siri 2

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.