Oleh Saiful Bahri
Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu: Satu taklimat kepada pelajar yang akan kembali ke Mesir telah diadakan baru-baru ini di dewan wisma Darul Iman khusus untuk pelajar pengajian Islam di Mesir. Majlis taklimat yang bermula jam 10.00 pagi itu sebenarnya hanya helah kerajaan UMNO-BN.
Apa yang berlaku apabila gerombolan pimpinan UMNO menggunakan majlis tersebut untuk berkempen parti UMNO-BN serta menghina perjuangan yang dibawa oleh PAS. Mereka memperalatkan bangunan kerajaan dan wang pembayar cukai demi politik sempit UMNO.
Dalam majlis yang sama Kamarudin Omar, selaku penasihat agama MB Terengganu turut memberi ucapan. Perkataan menghina bahkan dengan perbuatan seolah meludah yang dilakukan beliau ketika berucap menggambarkan betapa bencinya para pelajar yang dituduh menyokong perjuangan PAS atau dikalangan pelajar yang hadir itu dari kalangan anak-anak orang Pas. Mereka dianggap golongan yang tidak berterimakasih kerana menyokong PAS meskipun mendapat bantuan dari pihak kerajaan.
Penulis dimaklumkan bahawa para pelajar merasa tertipu kerana bukannya majlis taklimat tetapi majlis berkempen UMNO. “ Entah! Ustaz kangkung mana entah! Bercakap macam orang bodoh!! Diaorang ingat kita ni pelajar tadika ke? Ustaz tu sendiri makan gaji kerajaan. Hak rakyat. Bukan hak parti. Hak kerajaan maknanya hak rakyat. Dan kami juga rakyat yang sepatutnya mereka berkhidmat. Sepatutnya penasihat agama yang salah seperti ini perlu letak jawatan.”
Ini sudah kali ketiga diadakan majlis sebegini. Diawal ketika pulang dilapangan terbang, kami telah dibawa ke kediaman rasmi MB. Kali kedua di Wisma ini… dan ini kali ketiga. Sebab itu para pelajar meninggalkan majlis selepas tengahari beramai-ramai. Yang tinggal adalah dekat 30 orang pada sessi petang untuk taklimat. Program nak brainwash kepala kami seperti ini, bukan menambahkan pelajar lebih hampir kepada parti memerintah.. bahkan pelajar merasa ditipu dan menambahkan lagi kemarahan mereka.” Tambah mereka ketika penulis bertanya khabar tentang majlis tersebut.
Golongan lantikan politik seperti ini, tali-hayat mereka bergantung kepada kerajaan UMNO. Jika UMNO tumbang dalam pilihanraya akan datang… selamat jalan le jawabnya. Itu pasal kuat sangat berkempen. Tetapi biarlah jaga adab sopan khususnya dihadapan pelajar university al-Azhar yang dikalangan terpelajar. Tidak munasabah dengan agenda “merakyatkan pembangunan” & “Rakyat didahulukan” apabila mereka dicerca dan dihina sedemikian. Bukankah membantu rakyat apatah lagi pelajar dinegeri ini merupakan tanggungjawab kerajaan sebagai pemenang amanah yang dipilih oleh rakyat tanpa mengira latar belakang maupun pilihan politik mereka tau ibu-bapa mereka. Kalaulah UMNO dah rasa letih membantu dan menolong rakyat... letak aje jawatan dan jangan jadi pemimpin. Jangan jadi kerajaan.
Bukankah negara kita ini mengamalkan demokrasi yang menjadi pegangan suci UMNO-BN. Kebebasan bersuara dan berpolitik merupakan hak yang dijamin oleh kerajaan. Kalau nak suruh semua rakyat sokong UMNO sahaja, tukarlah Malaysia ini menjadi Negara seperti komunis. Mengguna dasar satu parti sahaja. Kan senang, biar UMNO aje memerintah sampai kiamat dan takle perlu diadakan pilihanraya?
Diharapkan mereka yang memakan gaji dengan hasil rakyat ini sedar diri tu, siapa mereka. Jalankan amanah sebaik mungkin. Begitu juga para pegawai agama maupun pihak Majlis Agama yang menguruskan zakat sebagai amanah Allah Swt. Sepatutnya galakkan mereka untuk berjihad di jalan Allah dan menegakkan Islam diatas mukabumi ini. Kalau nak berpolitik kepartian… nak berkempen untuk UMNO. Letak jawatan aje dan masuk pilihanraya. Senang cerita!
No comments:
Post a Comment