Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Tiba-tiba setelah lapan tahun tidak menyentuh secara 'direct' isu pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad mengulangi semula isu-isu membabitkan pemecatan tersebiut.
Dalam karangan buku terbarunya, Mahathir kembali menyerang Anwar dengan pelbagai isu sensasi dakwaan seks dan kononnya memiliki bukti untuk memecat Anwar ketika itu
Saifuddin merujuk kepada dakwaan bekas Presiden Umno itu dalam bukunya bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”.
Namun, seperti kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan Mahathir itu sebenarnya datang dari seorang yang 'pengecut'.
Mahathir kata Saifuddin tentu sekali lupa bahawa ketika krisis 1998, peguam-peguam Anwar ada menyerahkan tuntutan untuk mensapina bekas Presiden Umno itu di mahkamah.
Antara peguam Anwar ketika itu ialah, Sulaiman Abdullah, Cristopher Fernando, Sankara N Nair, Gurubachan Singh dan Karpal Singh, kata Saifuddin.
"Rakyat tidak boleh lupa, Mahathir memfitnah Anwar, dan kemudiannya bila mahkamah memanggil beliau untuk memberi keterangan, beliau tidak hadir.
"Malah ketika dipanggil, Mahathir mendesak mahkamah menyediakan dahulu soalan sebelum beliau masuk.Ini menunjukkan Mahathir takut berdepan dengan Anwar secara 'anaka jantan' ketika itu, tetapi Mahathir menggunakan media dan jentera kerajaan menyerang Anwar," katanya.
Ujar Saifuddin, dalam kes Anwar ini Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.
Namun beliau bimbang, dakwaan-dakwaan Dr Mahathir ini akan membawa kesan ke atas pengundi dan penyokong atas pagar yang masih belum membuat keputusan sama ada Anwar ada melakukan perbuatan sedemikian.
Ahli Parlimen Machang itu berkata sasaran utama adalah mereka yang berusia antara 21 dan 25 tahun, yang masih muda apabila Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998.
Lebih meyakinkan rakyat, apabila media kembali kepada zaman pemerintahan Mahathir dengan ruang yang sangat memihak kepada Umno-BN, katanya.
"Ini satu lagi drama baru menggunakan skrip lama, malah ditambah lagi dengan pelakon lama (Ummi Hafilda) yang mula menghentam semula Anwar," katanya.
Beliau bimbang budaya fitnah ini akan menjadi satu lagi senjata ampuh BN untuk terus berkuasa, sedang rakyat terus dikelirukan dari fakta yang sebenar.
No comments:
Post a Comment