Thursday, March 10, 2011

Gaddafi tuduh barat cuba menjajah Libya semula..

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/air-strike-ras-lanuf-.jpgTRIPOLI: Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, dalam satu wawancara di televisyen semalam, menuduh negara-negara Barat mahu menguasai minyak Libya, di samping melabelkan para pemberontak yang mahu menggulingkan beliau sebagai 'pengkhianat'.

'Negara-negara penjajah sedang menelurkan satu rancangan menghina rakyat Libya, menurunkan darjat mereka kepada hamba dan menguasai minyak,' kata Encik Gaddafi dalam wawancara yang disiarkan oleh stesen televisyen milik pemerintah Libya semalam.

Dalam satu wawancara berasingan yang disiarkan oleh stesen televisyen Perancis, LCI, pemimpin Libya tersebut menuduh pihak Barat, khususnya Perancis, berkomplot untuk 'menjajah' negaranya yang kaya dengan minyak itu.

Apabila disoal mengenai pendirian yang diambil oleh kuasa-kuasa Barat dan Perancis, khususnya, Encik Gaddafi berkata mereka 'mahu menjajah Libya semula', sambil menambah: 'Ia adalah satu rancangan penjajah.'

Britain dan Perancis telah memberi sokongan kukuhnya terhadap gesaan kuasa-kuasa Barat agar dilaksanakan satu 'zon larangan terbang' untuk menghalang askar-askar Encik Gaddafi daripada menyerang pasukan bersenjata para penentangnya, yang kini mengadakan pemberontakan sejak empat minggu lalu.

Amerika Syarikat berkata apa sahaja langkah memerlukan sokongan penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Presiden Amerika, Encik Barack Obama, dan Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, berkata mereka akan merancang pelbagai tindakan alternatif terhadap Encik Gaddafi sementara para pegawai Amerika bertemu dengan anggota-anggota pembangkang Libya untuk menggulingkan pemimpin veteran itu.

Paris juga memuji pembentukan satu majlis kebangsaaan oleh para pembantah.

Libya ditakluki Italy pada 1912 selepas satu serangan Italy ke atas negara di utara Afrika itu untuk melindungi kepentingannya.

Apabila ditanya adakah beliau membayangkan berlakunya 'tindak balas' terhadap Perancis, Encik Gaddafi menjawab: 'Kita lihat sahaja.'

Pemimpin Libya itu juga semalam memberi amaran bahawa rantau itu bakal diselubungi kekacauan yang boleh tersebar ke 'anak tangga pintu depan' Israel, jika Al-Qaeda mengambil alih kuasa di negaranya.

'Jika Al-Qaeda berupaya merampas Libya, maka seluruh rantau ini sehingga ke Israel akan diganggu kekacauan,' kata beliau dalam satu wawancara dengan saluran televisyen awam Turkey, TRT.

'Masyarakat antarabangsa kini mulai faham bahawa kami harus menghalang Osama Bin Laden daripada mengambil alih kuasa Libya dan Afrika,' tambahnya.

Di medan pertempuran, para pejuang pembantah yang kekurangan senjata terpaksa menghadapi serangan udara bertubi-tubi daripada tentera pro-Gaddafi, sedang mereka cuba menawan daerah timur Libya.

Di bandar Zawiyah, di kawasan barat negara itu, seorang bekas pegawai berkata tentera Encik Gaddafi telah melancarkan 'serangan terakhirnya' di tempat itu, manakala suasananya amat genting.

Di Zawiyah, yang terletak di barat Tripoli, Encik Murad Hemayma berkata Encik Gaddafi mahu menguasai bandar itu menjelang semalam selepas melancarkan serangan sejak beberapa hari sebelumnya.

'Di setiap sudut terdapat kejadian tembak-menembak,' kata beliau, sambil menambah, 'masyarakat antarabangsa harus berbuat sesuatu'. Sumber buletin onlone

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.