Wednesday, March 9, 2011

Apa kerja sebenarnya Pengerusi SPR, Aziz Mohd Yusof ni ...

Petikan Facebook Ahmad Lutfi Othman

Pengerusi SPR, Abd Aziz Mohd Yusof buat hal lagi. Katanya, tempoh kempen praya Sarawak mungkin dipendekkan berbanding 12 hari pada tahun 2006. Saya terkejut dengan alasannya, iaitu kempen yang lebih lama dikhuatiri mengundang amalan politik tidak sihat, antaranya provokasi.

"Kita bimbang jika penduduk Sarawak yang dikenali sebagai orang yang sabar hilang kesabaran dengan provokasi ditekankan ke atas mereka ....," kata Aziz. Pelik sungguh SPR ini. Baginya seolah-olah pengundi atau rakyat Malaysia seperti budak-budak hingusan yang begitu manja, mesti dibelai dan dikurung dalam bilik sahaja.

Sedangkan BN Sarawak sudah mula berkempen sejak setahun lalu. Lagipun geografi Sarawak yang menyukarkan perhubungan di antara satu tempat dengan tempat yang lain memerlukan masa lebih lama untuk setiap parti atauy calon menjelaskan misi dan visi mereka. Saya akan ulas lebih lanjut dalam artikel nanti.

Aziz juga salahkan pendekatan kempen parti-parti pembangkang dari Semenanjung semasa pilihan raya kecil Sibu dulu. Juga dia bangkitkan hal provokasi sentimen rakyat Mesir, Tunisia dan Libya dalam kempen di Merlimau dan Kerdau. Apa ni Tan Sri? Selesaikan dulu kerja-kerja yang masih belum beres dan berat sebelah dalam pengendalian praya di negara ini.

Alasan Aziz itu memang benar-benar bengong! Tugas SPR hanya untuk memastikan proses pilihan raya berjalan adil, telus dan bebas buat semua rakyat. Seperti kata Dr Abu Hassan Hasbullah: " SPR bukan diktator baru yang menjadi pemerintah bagi negara ini. SPR telah menjadi terlalu biadap terhadap demokrasi, perlembagaan dan negara."

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.