Tuesday, August 24, 2010

Sambung kontrak Musa Hassan – NGO

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !

PUTRAJAYA 23 Ogos – Kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat bulan depan perlu disambung kerana ketokohan dan personaliti beliau dalam memimpin pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat meyakinkan.

Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Mohd. Jurit Ramli berkata, ketegasan Musa juga berjaya meletakkan suasana politik negara berada dalam keadaan stabil ekoran kecekapan sistem perisikan PDRM menghalang para penentang kerajaan yang agak ekstrem.

Katanya, melihat kepada senario politik semasa, negara perlu mempunyai seorang Ketua Polis yang berkebolehan dan berkemampuan seperti Musa kerana bersungguh- sungguh memastikan kestabilan politik dan ketenteraman awam yang diperintah kerajaan tidak tergugat.

"Ketokohan dan personaliti Musa pada masa ini tiada tandingannya, kecergasan dan kesihatannya yang baik memenuhi kriteria seperti dikehendaki pasukan keselamatan itu.

"Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa beliau mempunyai aura tersendiri yang boleh bertahan sebagai ketua yang digeruni oleh penjenayah, dihormati dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru, katanya, kajian rambang ke atas responden yang juga ahli-ahli Gabungan NGO mendapati hampir kesemuanya berpuas hati dengan peranan PDRM memerangi jenayah sambil menyifatkan Musa sebagai tonggak kecemerlangannya.

"Menurut mereka, Musa telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang selain komitmen tinggi beliau membawa perubahan kepada organisasi itu ke arah yang lebih baik dan berintegriti.

"Dalam menghadapi keadaan keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak menentu dan trend jenayah yang sofistikated, orang ramai, kakitangan kerajaan, swasta dan NGO memuji kecekapan dan ketangkasan polis dalam memerangi penjenayah," ujarnya

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.