Friday, August 6, 2010

Ramadhan:Juadah mahal, halalnya diragui

Oleh - Sri Diah

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

"SEKARANG Ramadan dah ada dekat beranda.” Itu ayat yang selalu arwah emak sebut. Bila sudah sampai beranda, bermakna sudah melepasi laman. Tidak lama lagi akan berlabuh pula Ramadan itu di ruang tamu. Maksudnya, tidak lama lagi Ramadan akan muncul dan kita satu rumah akan masuk pada satu bulan dengan sejuta berkat kurniaan-NYA.

Alhamdulillah tahun ini kita diberi sekali lagi kesempatan untuk beribadat dan mengutip sebanyak mana pahala Ramadan. Berkatnya Ramadan apabila kebajikan dilakukan secara berganda-ganda dan pahala pun digandakan oleh Allah SWT.

Ramadan turut dianggap sebagai bulan yang berkat kerana ia bulan difardukan puasa, diturunkan al-Quran dan terdapat malam Lailatul Qadar. Pra syarat penting untuk mendapat keberkatan Ramadan ialah dengan menjaga yang halal, menjauhi yang haram.

Dan sinonim dengan Ramadan hampir setiap tahun, kita disogokkan dengan iklan-iklan berbuka puasa di hotel-hotel ternama dan restoran-restoran eksklusif di bandar-bandar besar dan kini sudah merebak ke bandar-bandar kecil.

Hidangan yang 'luar biasa’ enak dengan harga yang `luar biasa murah’ mengaburi mata. Antara Ayam Percik Kelantan dengan Kerabu Perut Kedah, kita dijamu pula dengan keenakan Jenahak Sweet Sour ataupun Ayam Penyet Cinta Kasih – serta bermacam lagilah menu lain!

Tidak ada penjimatan sebenarnya. Bayarannya mahal, namun banyak mana yang kita boleh makan? Semestinya perbelanjaan itu tidak berhemah! Ia menjadi pembaziran pula. Ambil nasi dan lauk penuh sepinggan, namun dalam sepinggan itu hanya luak lima suap sahaja, selebihnya terbuang. Kemudian kita ambil makanan lagi dan terbuang lagi...

Bayaran RM50 – RM99.90 satu kepala untuk juadah berbuka puasa sudah menjadi bayaran biasa di hotel. Namun dalam keadaan negara mahu berjimat, semakin ramai pula yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak hanya semata-mata untuk berbuka puasa.

Seperkara lagi, dalam keadaan negara dilanda bimbang akan sijil halal di restoran, apakah kita sanggup untuk menelan segala yang terhidang di restoran yang kita ragui? Sedangkan di dapur mereka, hidangan yang haram turut disaji, ayam-ayam tidak disembelih betul, cara masakannya diragui dengan arak turut dicampur dalam masakan.

Semua itu menjadi darah daging kita. Ia sebati dengan darah kemudian menjadi tubuh kita. Tubuh yang tidak bersih itukah yang mahu kita bawa untuk menghadap Pencipta? Rekod Jakim (sehingga 24 Julai) mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.

Jangan lupa sepanjang bulan berkat ini kita lakukan Qiam Ramadan dengan menunaikan qiamullail, terawih dan solat witir. Ia dilangsungkan juga dengan puasa mulut, puasa mata, puasa telinga dan puasa nafsu pada siang hari.

Dalam bulan ini, Allah banyak menurunkan rahmat, memberikan pengampunan dan menyediakan jaminan pembebasan manusia daripada api neraka.

Tidak cukup dengan itu, Allah menutup pintu neraka, membelenggu pergerakan syaitan dan membuka seluas-luasnya pintu syurga.

“Sungguh, Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku sunatkan solat malamnya. Maka barang siapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu karena iman dan mengharap pahala, nescaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya.’ (HR. An-Nasa’I )

Alangkah ruginya jika :seseorang Muslim yang tidak mengisi amalan ibadat sepanjang Ramadan dan tidak pula mengecapi fadilat Ramadan yang disediakan Allah bagi orang yang mengharapkan keredaan-Nya.

Maka benarlah apa yang pernah disabdakan Rasulullah saw yang bermaksud: “Betapa ramainya orang berpuasa sepanjang hari, namun mereka tidak mendapat apa-apa melainkan keperitan lapar dan dahaga. Begitu juga betapa ramainya orang yang berjaga pada malam hari, namun mereka juga tidak mendapat apa-apa melainkan kepenatan berjaga malam.” (Riwayat Ahmad & Hakim) .S/H

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.