Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !
SHAH ALAM, 6 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka akan merasmikan majlis Makan Malam Mega sempena pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia (Tiram).
Majlis berkenaan akan diadakan esok, 7 Ogos bermula pukul 8.00 hingga 11.00 malam bertempat di Stadium Malawati, di sini.
Pengarah Program, Ir Izham Hashim berkata, dianggarkan RM200,000 bakal dipungut sempena program berkenaan, tidak termasuk derma orang ramai serta lelongan gambar dan lukisan.
“Selepas majlis makan malam, diadakan ceramah sambil memungut derma.
“Pada masa yang sama juga, pihak kami akan menyediakan tabung khas bagi memberi peluang pada orang ramai untuk menderma untuk tabung itu,” ujarnya lagi.
Program berkenaan juga bertujuan untuk mengumpul dana Tiram untuk keperluan masyarakat di negara ini. Katanya, dianggarkan lebih 50 orang pemimpin utama Pakatan Rakyat pelbagai peringkat di seluruh negara akan hadir pada majlis itu.
Katanya, sambutan dari pemimpin Pakatan Rakyat amat menggalakkan.
Menyentuh tentang tujuan Tiram ditubuhkan pula, beliau memberitahu beberapa program penting untuk rakyat akan diadakan antaranya kongres orang Melayu.
“Tiram juga akan melaksanakan program yang kerajaan Umno tidak mampu buat untuk rakyat seperti biasiswa, isu bahasa, tanah orang Melayu sudah gagal dilaksanakan dan berbagai lagi,” ujarnya.
Tambahnya, apa yang penting Tiram ingin memastikan rakyat memilih sebuah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang adil dan beramanah.
Beliau juga turut memberitahu, hasil sumbangan orang ramai terhadap Tiram, pihaknya akan membantu program yang dianjurkan Bersih, Mafrel, Gerakan Mansuh ISA dan berbagai program alternatif rakyat.
“Mana-mana pihak yang ingin menghidupkan demokrasi dan kebenaran, kita akan membantu,” ujarnya.
Kepada yang ingin menderma, orang ramai boleh menghantarnya melalui MBB 5621-0623-5615 atas nama Tabung Impian Rakyat Malaysia.
Sumber : Rakyak Marhaen

No comments:
Post a Comment