Tuesday, August 17, 2010

Muhyiddin Yassin mahu lawan Najib? Apakah mereka tak sehaluan lagi?

Oleh Safar Jumaat

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

Sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tentunya tidak suka dengan soalan dari wartawan, jika ia berkaitan dengan kesetiaannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Persoalan ini, mengimbau kembali sejarah pertelagahan antara orang nombor satu dengan orang nombor dua dalam kerajaan dan Umno, sejak berzaman. Bukan sahaja Muhyiddin tidak minat dengan soalan itu, jawapannya juga tidak akan memberi apa-apa kesan kepada orang di bawah

Dulu, ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi PM, dia digambarkan ‘selangkah dan sehayun’ dengan Tun Musa Hitam. Namun, retak akhirnya menjadi belah. Mahathir dan Musa berbalah hingga Umno menjadi dua team, satu team A dan satu lagi team B.

Kemudian, tempat Musa digantikan dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Dr. Mahathir yang mendapat ‘pembelaan’ dari Ghafar akibat serangan Musa yang bergabung dengan Tengku Razaleigh Hamzah, akhirnya ternyata TPM-PM memang satu ikatan yang terlalu mudah terlerai.

Ghafar yang dilihat bukan saingan kepada Mahathir, juga terkorban kerana Mahathir dikatakan tidak berminat untuk mempertahankan Ghafar – kononnya alasan gelombang yang mahukan perubahan.

Muhyiddin tentunya ingat semua kisah ini. Jadi, apabila baru setahun dia menjadi TPM, dilantik oleh Najib sebaik sahaja menang dengan pertolongan kuat dari orang-orang Najib, tiba-tiba ada soalan dari wartawan, yang seolah-olah cuba mempertikaikan kesetiaannya kepada Najib.

Ketika Umno tahu Najib terlalu kuat kedudukannya dalam parti itu, Muhyiddin pula kena sedar, jika bukan Najib yang mahukan dia menjadi timbalan, kerusi nombor dua itu mungkin milik Datuk Seri Mohd Ali Rustam atau Tan Sri Muhammmad Muhd Taib.

Jika sesiapa menyingkap sejarah pemilihan Umno, hanya sekali Muhyiddin mengutip undi tertinggi bagi kerusi Naib Presiden, iaitu tahun 1993, itu pun dipalitkan dengan kisah politik wang. Ketika itu, Muhyiddin adalah Menteri Besar Johor dan percubaannya untuk bertanding kerusi Naib Presiden mendapat restu ‘team wawasan’.

Jika tidak ada kuasa ‘luar’, mustahil Muhyiddin boleh mengatasi undi yang Najib dapat. Itu cerita 1993. Tiga tahun kemudian, ketika Mahathir menyerang Muhyiddin ketika pemilihan sekali lagi, Muhyiddin ‘terbenam’ di nombor enam dari tujuh calon Naib Presiden.

Orang-orang yang berada di keliling Muhyiddin sekarang mungkin tidak tahu kisah ini. Mereka mendampingi Muhyiddin ketika Muhyiddin sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Itulah sebabnya, sombongnya mereka, hanya Allah sahaja yang tahu.

Ketika kalah tahun 1996, Muhyiddin hampir-hampir merajuk. Khabarnya sudah menulis surat mahu melepaskan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya tetapi Mahathir menasihatkannya, supaya bersabar kerana ‘Mahathir tahu ucapannya menjadi salah satu sebab mengapa Muhyiddin kecundang’.

Kawan-kawan Muhyiddin sudah menjauhkan diri. Budak-budak yang berada di keliling Muhyiddin hari ini, sudah seram sejuk suhu badan mereka kerana mereka agak, hayat politik Muhyiddin tidak panjang. Tetapi segala pengalaman pahit ini mereka tidak pelajari apa-apa kecuali, kedudukan sekarang menjadikan mereka kembali angkuh.

Hayat politik Muhyiddin sebenarnya terletak atas kehendak Najib sahaja. Kalau Najib beri signal kepada budak-budaknya, supaya Muhyiddin disingkirkan, nyata Muhyiddin tak sempat tunggu tiga Jumaat, maka jatuhlah dia. Jika Muhyiddin tahu pengaruh Najib begitu kuat dalam Umno, Muhyiddin pastinya tidak memasang angan-angan untuk menentang Najib sebagai Presiden Umno.

Begitu juga dengan budak-budak yang mengelilingi Muhyiddin, jika mereka tahu kedudukan Muhyiddin ibarat ‘telur di hujung tanduk’, nescaya mereka tidak akan berhajat untuk menyombong seperti apa yang diperkatakan di bawah sekarang.

Cerita Muhyiddin sombong, sukar tersenyum dan tidak mudah ingat nama perwakilan Umno bukan cerita baru tetapi apabila dia mampu menang juga kerusi Timbalan Presiden Umno dengan bantuan Najib, sepatutnya, Muhyiddin ambil masa sedikit member penerangan kepada budak-budaknya supaya tidak sombong dan tidak dilihat sombong.

Mustahil Muhyiddin tidak mendengar sungutan orang di bawah. Mustahil tidak ada seorang pun ‘penyokong-penyokongnya’ yang berani berkata benar di depannya, mengenai karenah pegawai-pegawainya, termasuk pegawai-pegawai kerajaan di kementerian yang Muhyiddin terajui.

Ketika Najib dikatakan berhempas pulas mahu menarik balik sokongan rakyat kepada Umno-BN, Muhyiddin pula dikatakan mempunyai ‘klik yang diketuai anaknya’ untuk membolot projek perniagaan. Sama ada benar atau pun tidak cerita ini, Muhyiddin kenalah memberi penjelasan kerana pejabat ‘klik’ di Sri Hartamas sudah menjadi buah mulut orang ramai, khususnya para penyokong Umno.

Muhyiddin bernasib baik kerana ketika dia bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, pesaing-pesaingnya tidak kuat. Jika tidak, Muhyiddin pun sudah gulung tikar bantal, macam mana Muhammad sekarang. Itu pun dengan sokongan Najib dan duit yang bertaburan, Muhyiddin hanya menang sikit. Puas jenteranya menyakinkan penyokong-penyokongnya bahawa Muhyiddin lebih pandai berbahasa Inggeris daripada Muhammad dan Mohd Ali.

Jika kumpulan penyokong Muhyiddin tidak mampu menyakinkan perwakilan tempohari, berserta dengan ‘pelincir’ mungkin Timbalan Presiden Umno, bukan miliknya.

Najib berjaya membawa imej seorang yang mesra dan mudah didekati. Pegawai-pegawainya juga begitu mesra, hingga Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terlibat dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dibawa bertemu dengan Najib.

Malangnya, orang-orang di keliling Muhyiddin dikatakan ‘lebih sudu dari kuah’. Mereka lupa kawan-kawan dan mereka berlagak macam kerusi Timbalan Perdana Menteri itu diwariskan dari zaman kelahiran Umno lagi. Ini silap besar dan tidak mustahil dalam PRU 13 akan datang, jika Muhyiddin masih TPM, Umno-BN kalah hanya kerana rakyat benci dengan perangai sombong kumpulan ini dan tidak pernah sama inspirasi dengan Perdana Menteri.

Ramai juga yang bersungut, terlalu sukar untuk menerima balasan surat-surat yang dihantar. Laman facebook yang kononnya turut diwujudkan, juga tidak mampu menambah kawan-kawan, walaupun nyata Perdana Menteri telah pun mengadakan majlis minum petang dengan rakan-rakan facebooknya.

Apakah Pejabat TPM tidak cukup kakitangan untuk membalas surat atau, mereka sibuk melayan penyokong-penyokong yang mereka gredkan ikut gred-gred tertentu bagi menyusun strategi mahu menentang Najib sebagai Presiden Umno? Tahukah Muhyiddin, bila-bila masa sahaja Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Hishammuddin Hussein boleh mengalahkannya jika Najib memberi lampu hijau? Kalau tahu, berubahlah sebelum rebah! -

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.