Friday, August 6, 2010

Kenapa DAP, Tidak UMNO?

Oleh Al-Bakistani

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

Ada orang kata, PAS tidak boleh menang dengan cara bergabung dengan parti DAP, kerana majoriti ahli DAP tidak beragama Islam. Persoalannya, kalau agama ahli sesuatu parti menjadi ukuran, maka apa jamin UMNO bahawa semua ahli partinya beragama Islam?

Itu yang pertama. Adapun yang kedua, Nabi SAW membina kekuatan di Madinah, bukan sekadar mendapat sokongan dari orang Islam sahaja, malahan dalam sirah membuktikan bahawa orang Islam di Madinah, ketika Nabi SAW dilantik menjadi ketua kerajaan adalah golongan yang minoriti.

Justeru, apakah alasan kukuh yang mengatakan PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar tidak boleh menang dengan sebab bergabung dengan DAP?

Dan ketiga, memang terdapat hadis yang menyebut bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Kami minta bantuan dari orang musyrikin".

Namun, kena perhatikan juga bahawa itu hadis itu adalah sunnah qawliyyah Nabi SAW. Adapun dari sudut Sunnah Fi'liyyah Nabi SAW pula, ada beberapa keadaan Nabi SAW mendapat bantuan dari orang kafir dan Nabi SAW tidak halang bantuan tersebut. Antaranya, seperti Nabi SAW mendapat penjagaan [himayah] dari Abu Talib, penjagaan dari Abu Lahab setelah kematian Abu Talib [waima selepas itu, Abu Lahab batalkan penjagaan tersebut] dan sebagainya.

Apabila dilihat ini, kita akan dapati seperti ada percanggahan, tetapi setelah diimbang dari sudut maqasid syariah, kita akan berjumpa jalan penyelesaian.

Meminta bantuan orang kafir dilarang, sekiranya ia menyebabkan Islam bakal ditindas. Sudah pasti ia adalah kemudharatan. Adapun dengan mendapat bantuan orang kafir, melahirkan hubungan rapat umat islam dengan non Muslim, seterusnya mereka semakin kenal Islam yang boleh menyebabkan mereka menjadi muslim, ataupun Zimmi [istilah Umar bin Abdul Aziz], maka itu tidak lagi disebut sebagai mudharat, sebaliknya kemaslahatan.

Malahan, sekiranya mendapat bantuan dari orang yang mengucap syahadah, tetapi mendatangkan kemudharatan yang lebih besar kepada Islam, maka itu terlebih dilarang. Seperti, melahirkan persepsi buruk bahawa kononnya islam adalah agama yang mengakui penyelewengan duit rakyat, islam menyokong kezaliman, perkauman dan sebagainya.

Jika keadaan ini berlaku, maka lebih baik mendapat bantuan dari orang bukan Islam, tetapi ia mendatangkan hasil bahawa islam semakin dikenali, islam semakin tersebar, islam dilihat agama yang menentang kezaliman, menentang perkauman sempit dan sebagainya.

semua ini, kita akan fahami apabila kita membaca firman Allah dari surah Al-Maidah, ayat 57;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ

maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu ambil orang yang menjadikan agama kamu sebagai gurauan dan mainan sebagai wali. Mereka itu adalah daripada kalangan orang yang diberi kitab sebelum kamu dan juga dari kalangan Orang kafir"

[Al-Maidah : 57]

Dan yang keempatnya pula, asas pergabungan antara PAS dengan PKR dan DAP adalah untuk melaksanakan keadilan, sedangkan usaha kearah perlaksanaan keadaan itu amat dituntut dalam Islam, waima bersama dengan orang bukan islam sekalipun.

Ini dikukuhkan dengan hadis hilf al-fudhul bahawa Talhah bin Abdillah bin Auf menyatakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan. Ia amat aku sukai lebih sayangku kepada unta merah [barang yang sangat berharga]. Kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam, pasti aku akan menyahutinya" [sunan al baihaqi al-kubra : 12859].


Wallahu 'Alam.

Sekian.

Al bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.