Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !
Kelmarin lepas tarawikh wak duduk nyaman-nyaman dengan orang kampung. Nyaman dalam ertikata tuntutan malam Ramadhan ke-15 upaya disempurnakan. Sambil bersila di balai, sambil nyaman-nyaman mengunyah buah kurma manis, wak ajukan kisah.
Kelmarin lepas tarawikh wak duduk nyaman-nyaman dengan orang kampung. Nyaman dalam ertikata tuntutan malam Ramadhan ke-15 upaya disempurnakan. Sambil bersila di balai, sambil nyaman-nyaman mengunyah buah kurma manis, wak ajukan kisah.
Kisah tentang 'rakan' yang jelas tidak menghormati 'rakan' setia. Wak buka gelanggang. Kerana wak tahu orang kampung ini waraknya cukup istiqomah dalam perjuangan. Berjuang dari muda hingga kendur uratnya mahukan ISLAM didaulah sesempurnanya di bumi yang kuat melayunya ini. Ringkas sebutan disini, beliau penyokong kuat parti yang memperjuangkan ISLAM sebagai dasar parti.
Wak tanya, kenalkah dengan nama orang yang pangkal namanya, Nik Nazmi Nik Ahmad ? Orang tua itu pandang muka wak lalu bersuara. Nik Aziz Nik Mat, kenal-lahh..! Siapa Nik Nazmi ni pulak? Wak cakap Nik Nazmi ini Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dia cakap,
"..hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."
Wak ingat wajahnya berubah menjadi biru laut bila wak sebut begitu. Atau matanya menjadi sama seperti simbol mata PKR. Meleset. Provokasi wak macam GAGAL. Bualan nyaman-nyaman tiba-tiba jadi bungkam. Hanya kunyah kurma dapat dihadam telinga. Panas sungguh malam ni kan..! tiba saja orang tua ini bersuara semula. Wak angguk. Walau di siling balai, ligat kipas berputar ber'gear' 5. Sejak minggu lalu lagi dah 'panas', wak pula menyambut butir katanya. Mencuri makna dari sahutan provokasi. Sekadar menguji semula.
" Kalaulah sahabat-sahabat kita di Kuala Kurau tahu ini, sedih mereka bukan kepalang. Banyak undi-undi jamaah memenangkan calon parti simbol mata ni wak..! Kerusi tradisi dikorbankan demi 'rakan'. PAS hilang kerusi demi semangat 'setia-kawan'. PAS rela putih mata kerana mahu menjaga semangat dan 'tahalluf'..!
Jika benar bagai dikata, rupanya PKR tidak ubah sama seperti UMNO. Tidak mahu melihat hudud di Tanah Melayu ini ditegakkan. Haramjadah punya PKR !.." ayat itu ditamatkannya dengan nada yang cukup keras.
Mana kamu tahu pasal ni? Orang tua itu tiba-tiba bertanya. BERNAMA yang lapor. Jawab wak pendek. Jika macam itu, andai niatnya juga terang, bahwa hudud itu tidak sesuai untuk Malaysia, tanyakan dia semula DI MANA YANG SESUAI ? Adakah lagi ada bumi Allah yang lain selain di sini yang boleh laksanakan hudud yang dihuni oleh manusia ? Memetik kata-kata Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa,
"..persoalan utama ialah memahami dasar perjuangan PAS, yang berteraskan Dasar Islam. Sebagai umat Islam, melaksanakan perintah Allah adalah satu kewajipan yang dituntut oleh syarak. Kerana itu, bagi PAS melaksanakan hukum hudud, qisas dan takzir adalah satu kewajipan bagi pemerintahan Islam.
Oleh kerana UMNO yang memerintah lebih 50 tahun tidak melaksanakannya, maka timbullah tanggapan di kalangan orang bukan Islam, bahawa perlaksanaannya tidaklah menjadi tuntutan. Lantaran itu, kami jelaskan bahawa UMNO mengabaikan kewajipan yang sepatutnya mereka sebagai pemerintah melaksanakannya.
Pengabaian ini menyebabkan timbulnya pertembungan antara PAS dan UMNO hingga kini. Asas kepada penentangan ini ialah UMNO mengabaikan kewajipan agama, yang telah difardhukan oleh Allah, manakala PAS berjuang agar kewajipan ini dilaksanakan.
PAS menekankan bahawa manusia adalah milik Allah, dan begitu juga bumi adalah milik Allah. Maka sebagai hamba Allah, kita mesti melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Sekiranya perintah dan larangan Allah diabaikan, pasti akan mengakibatkan timbulnya pelbagai kegawatan dalam masyarakat manusia.
Komen Wak - NO KOMEN yet! Tapi kata-kata Nik Nazmi itu telah memberi luka dan menghiris hati pejuang agama di dalam PAS. Lontaran katanya itu tidak lebih melengkapkan TRAGEDI RAMADHAN tahun ini, selain dari kata-kata sampah oleh pencacai UMNO dalam isu khutbah minggu lalu.
Untuk PKR, berawaslah dengan kata-kata kamu, kamu bakal kehilangan lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen pada PRU13 sekiranya ahli-ahli PAS memainkan isu ini dengan baik. Sabar PAS pun ada batasnya. Boleh jalan laa..dengan projek Anwar untuk takluk Putrajaya.
Jangan sampai blogger PAS gerakkan misi 'kuih bulan' untuk malukan calon PKR yang menang pada PRU13 ! Jika itu niat atas kata-kata Nik Nazmi, kita 'beli' untuk nya. Jangan bertanya kami nak 'jual' macamana ? Itu urusan kami. Bukan lagi urusan kamu !
Akhir kalam, untuk PKR, jangan cepat melatah dengan mainan isu Hudud oleh UMNO.Atau nak kami samakan kamu macam depa juga? Umno sedang gelak ketawa kini melihat kebangangan Nik Nazmi menyalak tentang isu ini. Perangkap UMNO tu bodoh..!
Akhir kalam, untuk PKR, jangan cepat melatah dengan mainan isu Hudud oleh UMNO.
Update oleh FTZ: Nik Nazmi sudah senada dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Jika Karpal dan LKS tak lah aku merasakan apa apa, mereka ini kafir dan akan terus menentang islam sampai dia masuk islam atau mati kafir seperti mana sekarang. Yang menjadi persoalan sekarang adalah manusia melayu yang mengaku islam adalah hanya untuk bangsa melayu, dan lidah Nik Nazmi tak ubah seperti mana lidah UMNO yang sudah basah dan cair menyebutkan bahawa hukum hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia.
Kenyataan yang paling berbisa dikeluarkan dari seorang yang baru tahu nilai kuasa dan politik di Malaysia. Cakap siang pandang pandang cakap malam dengar dengar. Jangan kerana kelebihan dalam kerusi sudah anggap PKR sudah sangat kuat maka percakapan sudah tidak perlu bertapis lagi.
Ingatlah dimasa susah siapa yang menghulur tangan memberikan bantuan dan kepada siapakah PKR menghulurkan tangan untuk mencari tempat dan juga dahan untuk berpaut selepas ditendang keluar dari UMNO. Banyak sudah PAS berlembut dan bersabar dengan karenah-karenah penyokong dan juga ahli PKR ini. Ingatlah, sabar PAS ada hadnya. (FTZ)
(*) Penjelasan Terkini Nik Nazmi. Sila Klik Imej di bawah.
Sumber : albanjari online
(*) Penjelasan Terkini Nik Nazmi. Sila Klik Imej di bawah.
Sumber : albanjari online
No comments:
Post a Comment