Thursday, August 5, 2010

Dewan Pemuda PAS Mersing memang berani

Oleh 21Halim

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

"Hidup penuh dengan cabaran. Dunia politik pembangkang banyak duri di sepanjang jalan. Justeru mesti ada sifat berani dalam menyampaikan maklumat tentang parti kepada khalayak. Inilah tindakan yang telah diambil oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Mersing apabila mengundang Ustaz Azman Safawi (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) untuk berceramah di lokasi baru.

Lazimnya PAS mengadakan ceramah di Kg Semanyir namun malam tadi (5 Ogos 3010) mereka menyediakan lokasi baru bertempat di pinggir Bandar Endau.

Bagi pihak Polis, lokasi baru ini mengundang masalah. Permohonan permit ditolak mentah-mentah dan jika mahu teruskan ceramah kembalilah ke ‘kiblat’ yang tidak bermasalah iaitu Kg Semanyir. Di situ mereka tidak kisah. Menurut Encik Idris Ahmad, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Mersing yang bertanggung –jawab memohon permit, pada mulanya Sdr Mohd Zulkarami, Ketua Pemuda PAS Kawasan Mersing bersetuju dan akur dengan arahan Polis. Namun entah bagaimana dibuat keputusan mengekalkan lokasi ceramah seperti yang terpapar pada kain rentang.

Penulis dimaklumkan pasukan Polis telah bersedia lebih awal. Dua buah van sarat anggota Polis hadir memantau persekitaran.Ditambah lagi beberapa kereta peronda. Pada peringkat awalnya tiada sebarang gangguan dilakukan. Mereka sekadar memerhati. Mungkin pihak Polis sedar bahawa ceramah di premis persendirian tidak memerlukan sebarang permit Polis.

Ustaz Mohd Azam Abd Razak, Timbalan YDP PAS Kawasan Mersing membuat ucapan awal. Di antara lain beliau menekankan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang menjadi Quran dan sunnah sebagai pegangan. Islam menyediakan garis panduan dalam sebarang tindak tanduk manusia bermula dengan hal kecil seperti makan minum hinggalah perkara besar seperti politik kenegaraan. Apalah salahnya PAS berusaha menyampaikan penerangan dalam keadaan terkawal dan tidak menyeru kepada keganasan. Selain itu beliau juga menyebut bahawa perpaduan dengan UMNO adalah mustahil dilakukan selagi UMNO tidak berpaksi kepada Quran dan Sunnah.

Ustaz Azman Safawi pula memulakan ceramah dengan mengingatkan audien kepada peristiwa di bulan Syaaban. Menurut beliau peristiwa besar dalam bulan syaaban ialah perpindahan Qiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Beliau secara ringkasa tetapi jelas membuat kupasan mengapakah Allah perintahkan pertukaran arah Qiblat tersebut. Katanya hal ini ada kitan dengan kehidupan mutakhir ini. Orang yahudi degil dan keras kepala semenjak dahulu kala lagi. Mereka memusuhi semua nabi-nabi. Hata Nabi Muhammad S.a.w sendiri pernah diracun. Budaya meracun orang ini kekal hingga kini.

Ustaz Azman menyatakan rasa kesal dan kehairanannya mengapa pihak UMNO BN menggunakan APCO Worlwide sebagai konsultan. Sudahlah bayarannya mahal, lebih malang lagi syarikat ini ada kaitan dengan Israel. Selanjutnya Ustaz Azman menyebut bahawa hubungan kerajaan BN dengan Israel sudah agak lama juga. Hanya rakyat bawahan tidak sedar. Beliau mengatakan bahawa sebenarnya kapal-kapal Israel sudah banyak yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan di Johor. Rakyat tidak tahu sebab kapal-kapal tersebut dilarang mengibarkan bendera Israel dan warganegara Israel tidak dibenarkan mendarat. Soalnya, apakah barangan yang telah dipunggah ke darat?

Majlis ceramah telah ditamatkan pada jam sebelas. Beberapa orang audien cukup tidak berpuas hati kerana tengah seronok mendengar terpaksa berhenti. Mereka menyalahkan pihak Polis yang tidak memberi kerjasama. Ada pula yang bertanya mengapa PAS Kawasan tidak teruskan ceramah di premis sendiri ini? Sejurus selepas majlis berakhir, Ketua Polis Daerah Mersing hadir ke lokasi. Penulis dapati Hj Roslan Nikmat, YDP PAS Kawasan Mersing, Uzaz Mohd Azam Abd Razak TYDP dan beberapa orang lagi berbincang dengan pihak Polis.

Barangkali selepas insiden ini, akan wujud perbincangan lebih matang di kalangan pimpinan PAS Kawasan Mersing di dalam mengatur jangka panjang strategi penerangan. Keputusan yang dibuat segera tergesa-gesa sering menghasilkan nikmat yang sementara. Berjaya buat majlis adalah satu hal. Majlis terpaksa cepat habis juga satu hal yang perlu difikirkan. Kos untuk menampung penceramah tidak dikurangkan meskipun masa disingkatkan. Sayang, seandainya perjalanan jauh penceramah tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana kesanggupan mengambil risiko. Pro – kontra buah fikiran harus dicanai sempurna agar dapat keputusan lebih bermakna. Penulis berpendapat sewajarnya sebarang ‘percubaan’ dibuat dengan tidak melibatkan penceramah datang dari jauh. Basah peluh belum berkurang, tiba-tiba sudah terpaksa pulang! Oleh itu, gunakanlah penceramah berhampiran atau peceramah dalaman.

Kehadiran audien memang kurang memuaskan. Orang masih belum biasa dengan lokasi baru ini. Mungkin juga ada yang berpatah balik apabila melihat kelibat Polis. Besar kemungkinan para audien yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong berdasarkan pakaian yang mereka pakai. Jika ini benar, maka sasaran majlis tidak tercapai. Kerusi yang disediakan tidak penuh. Sebahagian lagi duduk di tepi jalan. Malah ada yang mendengar ceramah dari dalam kereta dengan tingkap terbuka dan enjin yang menyala. Mereka ini berani mendengar ceramah tetapi takut menghadapi risiko apabila anggota Polis bertubuh sasa berpakaian preman bertindak. Hidup mesti berani, namun di hati kecil manusia biasa, rasa takut itu masih bersisa.

Akhirnya, di samping ucapan tahniah, penulis berharap pelbagai aktiviti baru di beberapa lokasi baru akan dilaksanakan pada masa akan datang secara lebih terancang. Masyarakat perlu didik agar berani lakukan perubahan terhadap pimpinan politik tanahair. Beranilah buat perubahan bukan berani langgar perintah Tuhan seperti kaum yahudi. Rasa berani itu biarlah bertempat, baru ada manfaat.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.