Saturday, June 12, 2010

PAS Nak Ke Putrajaya Tetapi Mutu Perbahasan Hambar

Hasrat PAS menggunung tinggi. Nak ke Putrajaya selepas ini katanya.

Tetapi dari pemerhatian GB, mutu perbahasan perwakilan Muktamar setakat ini terlalu rendah. Dari semalam hingga waktu GB menulis ini (perwakilan Perlis), belum ada yang dapat diberikan markah lulus, jauh sekali cemerlang.

Kesemuanya setakat ini menyokong ucapan dasar Tuan Presiden. Play safe. Mengampu dan membodek supaya Presiden jadi kembang. Itu tak kisah sebab di dalam perbahasan, boleh menyokong boleh membangkang. Tetapi kalau sokong berilah hujjah-hujjah yang mantap dan meyakinkan. "Subject matter" yang diketengahkan tidak mencukupi untuk sebuah perbahasan yang berkualiti.

GB ingin mengambil satu contoh yang GB petik dari satu laporan akhbar Online dimana seorang YB dari Kedah membahas menyokong ucapan dasar presiden.


Setia Presiden jika mahu menang PRU-13, kata perwakilan

KOTA BARU, 11 Jun — Exco Dewan Pemuda PAS Kedah menggesa kepimpinan pertengahan dan bawahan parti agar menunjukkan kesetiaan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika mahu komponen Pakatan Rakyat itu meneruskan kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Sambil menekankan sudah wujudnya elemen-elemen mempertikaikan pendirian kepimpinan Hadi khususnya pandangan menerusi blog, Ahmad Izzat Shauki berkata, beliau memberikan peringatan ini sebelum keadaan menjadi serius nanti.

“Ada yang menyerang presiden menggunakan blog-blog... kita kena wala’,” katanya lagi.

Kata beliau, walaupun seseorang itu tidak bersetuju ataupun menerima pandangan atau keputusan presiden, mereka harus memperlihatkan “kesetiaan kepada pucuk kepimpinan.”

“Kita perlu wala’ atau menunjukkan kesetiaan kepada presiden walaupun

kita tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan ataupun pandangan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat petang ini.

Terdahulu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri itu mewakili Badan Perhubungan Negeri Kedah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Pengkalan Chepa dekat sini.

“Kesetiaan kepada pemimpin adalah syarat untuk mencapai kemenangan... kita patut patuh dan taat setia kepada pemimpin kita (presiden).

“Walaupun kita tidak suka dengan sesuatu pandangan atau ia bertentangan dengan kita, kita kena terima (setia)... itu rahsia setiap perjuangan gerakan Islam,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau merujuk kepada mana-mana pemimpin atau peringkat, Izzat berkata, beliau hanya memberikan pandangan itu sebagai “satu peringatan.”

“Ia belum sampai ke tahap serius, cuma ingatan sahaja... ia belum membara lagi,” kata Izzat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lada.-TMI

Begitu teruk sekali mentaliti perwakilan Muktamar sehingga ke tahap menyeru ahli supaya taat dan wala' kepada pemimpin TANPA SYARAT.

Perwakilan itu seorang YB pula. Itu sajakah darjat ilmu seorang YB PAS?

Baru semalam GB keluarkan tulisan yang PAS selama ini berpresidenkan Presiden yang ada telah mengabaikan blogger, malah Tuan Presiden seorang yang tidak membaca blog.

Di sini, GB ingin ungkapkan sebuah kisah kanak-kanak bertajuk Sang Kancil Dengan Buaya yang boleh dijadikan pengajaran.

Sang Kancil merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan dan cerita ini mengisahkan bagaimana dia telah memperdayakan buaya. Sang Kancil berhasrat untuk memakan buah-buahan di seberang sungai. Dia mengkhabarkan kepada buaya bahawa dia telah diperintahkan oleh Raja Sulaiman untuk menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana beliau ingin memberi hadiah kepada mereka semua.

Sang Kancil mengarahkan supaya semua buaya beratur, merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana. Setelah itu, Sang Kancil terus melompat ke atas buaya-buaya itu satu persatu, dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai.

Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Demikian adanya. Ditipunya buaya supaya patuh kepada perintah Nabi Sulaiman, ditipunya blogger supaya patuh dan wala kepada pimpinan, dan diketuknya kepala sang blogger satu demi satu sehinggalah dia menjadi YB. Selepas itu dia mengejek para blogger dengan pelbagai gelaran, jauh sekali untuk menghargai jasa-jasa mereka yang telah menyediakan jembatan untuknya bergelar YB.

Soal tanzim hendaklah diperdalami bukan sekadar menyuruh kita wala membabi buta. Pemimpin ada hak ke atas ahli, tetapi ahli juga ada haknya ke atas pemimpin. Apabila pemimpin melupakan tugas dan tanggungjawabnya terhadap ahli apatah lagi blogger yang telah membantu mereka, sewajibnya pemimpin itu ditegur dan dihukum.

Jika GB nanti ditanya di padang masyar, mengapa engkau wahai GB tidak wala dan tidak mendoakan kejayaan pemimpinmu menang di dalam pilihanraya itu, maka GB akan menjawab:

"Wahai Tuhanku, dahulu kami bekerja untuk mereka, kemudian mereka melupakan dan mengabaikan kami. Bukankah seorang mukmin itu tidak terjatuh di dalam lubuk biawak dua kali seperti disabdakan Nabi kami mohd s.a.w.? Kuberikan peringatan berkali-kali, namun tiada siapa di kalangan mereka yang ambil peduli."

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.