Thursday, June 10, 2010

Lagi tindakan Jais terhadap Dr Asri?

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi amaran termasuk kepada bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya tidak memberi maklumat palsu jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Pengarah Jais Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang sengaja memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan palsu sebagai langkah menjaga kesucian agama Islam

Selain itu, kata beliau, Jais berharap laporan yang dibuat oleh masyarakat perlulah mempunyai bukti yang cukup supaya tidak berlaku kekeliruan dalam masyarakat serta menyukarkan pihak penguat kuasa Jais untuk mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa Jais melalui Seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang memberi keterangan atau pengakuan palsu.

“Jadi di bawah akta ini jelas mengatakan bahawa sesiapa yang memberikan maklumat ataupun keterangan palsu dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak

melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” kata pengarah Jais itu.

Beliau juga berkata menyifatkan tindakan Asri yang ingin menukar kenyataan berhubung isu “air ludah ustaz” sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya nak tanya kepada beliau (Asri) mengapa baru kini mahu menukar kenyataan setelah pihak Jais mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat beliau sebelum ini?

“Ini jelas menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan asal yang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd Asri yang ingin ‘merombak’ istilah “air liur ustaz” yang ditulis dalam artikelnya kepada istilah yang lebih sesuai iaitu “bekas mulut”.

“Saya menulis sebegitu kerana mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang diyakini tapi kini saya bersedia untuk merombak semula artikel itu dengan menggunakan istilah yang lebih sesuai.

“Saya percaya istilah telan air liur ustaz itu tafsiran yang dibuat orang ramai tetapi asas daripada artikel itu adalah sama iaitu ketaksuban kepada guru.

“Saya akan merombak semula artikel saya dengan menggunakan istilah bekas mulut, mungkin ia lebih sesuai,” kata Asri.

Mengenai dakwaan yang dibuat Asri sebelum ini, Khusrin berkata, siasatan awal mendapati upacara tersebut tidak berlaku sebaliknya ia hanya air zam-zam yang dikongsi secara bersama.

“Air yang dikongsi minum secara bersama ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat telah mengamalkannya dengan meminum susu secara bergilir-gilir dan diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri.

“Di sini ingin saya katakan bahawa tidak semestinya ketaksuban itu berlaku dengan meminum segelas air yang dikongsi bersama,” katanya.

Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah, tahun lepas.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan semula kes bekas mufti Perlis itu.

Pada 18 Nov lalu, Asri, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam, 1 Nov tahun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.