Monday, June 21, 2010

Isu Pilihanraya Dun 4 Negeri PR : SPR Macam Jurucakap UMNO

Sumber
Kan dah kata..UMNO akan hantar komponenya, SPR untuk bantah cadangan yang dilontarkan oleh Husam Musa berkaitan pembubaran Dun dahulu. Buat PR, inilah masanya nak tunjuk bahawa SPR hanya budak suruhan, bukannya bos. Bubarkan dahulu Dun di 4 buah negeri. Biar SPR tahu langit itu tinggi atau rendah..yang membazir bukannya kos pilihanraya, tapi kerana rasuah.

Pilihan raya berasingan membazir: SPR

Jejas tumpuan pembangunan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap cadangan mengadakan pilihan raya umum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan hanya menimbulkan lebih banyak keburukan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika perkara itu berlaku, ia akan menjejaskan tumpuan kerajaan melaksanakan program pembangunan kerana terpaksa melayan pelbagai kerenah politik.

Malah, katanya, walaupun ia dibenarkan mengikut Perlembagaan, pilihan raya berasingan hanya membazirkan wang rakyat kerana kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak semata-mata mahu mengadakan dua kali pilihan raya.

"Pilihan raya berasingan antara DUN dan Parlimen ini lebih banyak yang tidak baik berbanding yang baik. Ini kerana, kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengadakan pilihan raya dan keadaan itu mewujudkan suasana tidak stabil dalam negara akibat terlalu banyak berpolitik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas cadangan PAS Kelantan supaya pakatan pembangkang mengadakan Pilihan Raya DUN sendiri untuk empat negeri yang dikuasai mereka – Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tanpa menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.

Wan Ahmad berkata, pilihan raya seperti itu juga belum tentu memihak kepada parti politik yang memerintah kerajaan negeri kerana peluang semua parti bertanding untuk menang, adalah sama kerana ia ditentukan pengundi.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.