KUALA LUMPUR : Empat orang mahasiswa bakal dihadapkan ke Mahkamah Universiti kerana dipercayai terlibat dalam kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini.
Mereka dihadapkan di Mahkamah Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 3 Jun ini, jam 9 pagi.
Mahasiswa yang mengambil jurusan Sains Politik UKM ini dikatakan telah ditahan oleh pihak polis bersama aktivis politik semasa kempen pilihanraya berlangsung.
Keempat-empat mahasiswa ini juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Sains politik UKM.
Mereka terdiri daripada Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Politik dan aktivis mahasiswa, Hilman Idham, Naib Presiden, Ismail Aminuddin, Setiausaha Agung, Azlin Shafina Adzha dan Exco, Wong King Chai.
Bagi Hilman, kebebasan akademik mahasiswa telah dihalang apabila pihak terbabit tidak mahu mahasiswa terlibat dalam politik.
“Mereka tidak mahu kami terlibat dalam politik tetapi kami mengambil jurusan sains politik dan ini merupakan latihan akademik untuk mahasiswa seperti kami," kata Hilman.
Terdahulu, dalam PRK Hulu Selangor lalu, mereka telah ditahan dalam sekatan trafik menuju ke Batang kali oleh pihak polis. Beberapa risalah edaran juga didakwa telah dijumpai dalam kenderaan yang dinaiki mahasiswa terbabit. EraPakatan.

No comments:
Post a Comment