Oleh Lim Hong Siang.
KRISIS "keluar parti" yang melanda PKR baru-baru ini  mendapat liputan yang luas di dada akhbar. Berbanding media cetak bahasa  Melayu yang menonjolkan masalah kepimpinan  PKR secara khususnya, media cetak bahasa Cina sebaliknya, lebih  menyasarkan kepada individu yang keluar parti.
Dengan kata lain,  walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif  terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua  penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina  Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia  dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang  kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam
Sebaliknya, isu halatuju perjuangan PKR tidak diungkit  oleh media Cina, tetapi integriti individu (yang keluar parti) yang  dipersoalkan. Tidak dinafikan, fenomena "keluar parti" semestinya  menghakis keyakinan khalayak ramai terhadap PKR, tetapi ia juga difahami  sebagai strategi Barisan Nasional untuk menyerang musuh politiknya Nanyang  Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka  surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu,  bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan  menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).
Komentar  ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear  atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk  melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang  rapat menjadi musuh yang bertentangan...". Ini kerana "musuh" dalam  selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi  dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan  balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata  yang paling berkesan Malah, penulis ini melontarkan kemungkinan Fairus  menembak balik Pakatan Rakyat, setelah keluar dari PKR.
Misalnya,  Fairus boleh berkempen untuk menyerang DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim  Guan Eng, yang juga merupakan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang.  Seandainya, ramalan di atas menjadi kenyataan, penulis menjangkakan  bahawa MCA dan Gerakan mungkin berdepan dengan dilema. Ini kerana  pemimpin MCA dan Gerakan menjadikan Fairus Khairuddin sebagai sasaran  kritikan, semasa beliau berada dalam PR. Tetapi bagaimana MCA dan  Gerakan berdepan dengan Fairus yang seketika dahulu disifatkan sebagai  tidak berkebolehan, lemah, tidak berkhidmat dan sebagainya, setelah  Fairus diterima oleh komponen parti terbesar BN "Sesungguhnya tiada  kawan dan musuh yang selama-lamanya dalam politik. Tetapi apabila musuh  kepada musuh anda menjadi kawan, dan dipeluk rapat... Awas! Anda bukan  sekadar kehilangan prinsip politik," penulis mengingatkan.
Strategi  UMNO-BN
Bertitik tolak daripada "strategi politik", penolong  editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya mula  menghitung bilangan ahli parlimen "keluar parti" yang diperlukan oleh  BN untuk menguasai semula majoriti 2/3, sebagai syarat untuk meluluskan  persempadanan semula kawasan pengundian yang bakal dijalankan tahun ini.
"Untuk  mengembalikan penguasaan majoriti 2/3, yang memerlukan sokongan 148  orang ahli dewan rakyat, mungkin sukar untuk dijayakan, melihat kepada  keadaan sekarang. Tetapi tidak mustahil untuk dilakukan kerana terdapat  banyak pijat-pijat dan katak di gelanggang politik tempatan. Jika gagal  mengembalikan majoriti 2/3 sekalipun, fenomena lompat parti bakal  menjadi krisis keyakinan PR setelah digemparkan media arus perdana,"  tulis Lim Sue Goan Cheah See Kian, penganalisa politik ketika  ditemuramah China Press, tidak terperanjat apabila Umno memilih  Pulau Pinang sebagai tumpuan serangannya. "Ini kerana menyerang Lim  Guan Eng bermakna menyerang Anwar.
Lim diserang atas tuduhan  meminggirkan orang Melayu, dan ini tiada bezanya dengan serangan  terhadap Koh Tsu Koon, (bekas KM) dua tahun yang lalu. Tanpa bukti,  tetapi motif politik," katanya Untuk Cheah See Kian, Tan Tee Beng tidak  mampu melakukan sesuatu dengan "keluar parti", selebih-lebihnya  menimbulkan "riak".
Malah, beliau menganggap rakyat akan lebih  bersimpati terhadap Lim Guan Eng dan PR, berikutan kejadian ini Cheah  See Kian juga menganggap bahawa tindakan Umno akan lebih menyukarkan MCA  dan Gerakan. Beliau berkata, sebahagian rakyat berharap MCA dan Gerakan  akan memainkan peranan untuk membantu pembaharuan Umno selepas PRU  ke-12, agar Umno tidak angkuh dengan kuasa yang berpusat padanya.  Tetapi, Umno kini semakin berkuasa! Cheah berkata, inilah punca  kekecewaan rakyat terhadap MCA dan Gerakan yang gagal melakukan apa-apa  dalam BN.
PKR menjadi sasaran
Walau bagaimanapun, PKR  gagal mengelakkan diri daripada dikritik, memandangkan parti tersebut  melahirkan paling ramai wakil rakyat yang keluar parti. Bermula dari  (bekas) EXCO Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu,  (bekas) EXCO Kedah Mohd.Radzi Salleh, disusuli Adun Selangor Badrul  Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, dan  kini ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.
Dalam analisa Lum  Chih Feng di Oriental Daily, beliau menganggap fenomena ini  mendedahkan kecuaian parti ketika melantik calon PRU ke-12. Perkara ini  telah diakui oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sebelum ini. Lum  berpendapat, PKR tidak menyediakan kursus untuk mendidik wakil rakyatnya  yang terpilih kerana "tsunami politik". Lum Chih Feng menganggap PKR  kini tidak memiliki kelebihan dalam sumber dan masa. Justeru itu, Lum  menjangkakan bahawa Anwar akan mengambil langkah baru. Seandainya tidak,  Anwar akan terkurung dalam situasi untuk "mengawal", dan ia semestinya  tidak memihak kepada Anwar. - 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment