Oleh alibukhari
Dr Mahathir ketika berucap dalam sebuah majlis ketika mengkritik Abdullah Ahmad Badawi dulu, pernah menyindir...
"Saya dah pernah cuba  berbaik-baik dengan Singapura ni, tapi susah," kata beliau. Sindiran ini  ditujukan kepada Pak Lah kerana sikap Abdullah yang mahu berbaik-baik,  (mengalah) dengan Singapura dalam isu jambatan bengkok.
Teknik & taktik  ini bertujuan agar raja kita mudah dipengaruhi keputusannya. Jika  mesyuarat dibuat di dalam 'rumah' ... Lihat  seterusnya..sendiri kita akan ada kekuatan untuk menolak syor-syor  mereka.
Sebab itu, kebanyakan mesyuarat ini dibuat dengan kaedah,  mengeluarkan pemimpin dari 'rumah' dan 'pejabat' mereka.
2.  Minta kerajaan dedahkan berapa lagi tanah Malaysia atau hak Johor di  Singapura? (Selain tapak masjid Teluk Belanga).
3. Laporan itu  dipetik sebagai berkata...
"...Pada sidang akhbar bersama di  sini, kedua-dua pemimpin itu berkata tanah yang akan dikosongkan itu  akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura  dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.
Syarikat  itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan  memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang  pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti  dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama,  pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara  Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi  penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara."
PERTANYAAN:  Nama syarikat usahasama M'sia - S'pore yang akan ditubuhkan sebelum 31  Disember ini ialah M-S PTE LTD d mana saham kita 60% dan Temasek 40%.
Ada  kemungkinan tak nanti perlahan-lahan saham-saham kita itu akan dijual  seluruhnya atau dijual sedikit dalam keadaan genting 60% 40% ini?
Misalnya,  macam mana jika dengan tiba-tiba, akibat kelalaian kita maka kedudukan  menjadi 60% (S'pore) dan 40% (M'sia)?
Nampaknya nama syarikat  'usahasama' baru itu pun PTE LTD (Private Limited), bukannya Sendirian  Berhad (Sdn Bhd) yang didaftarkan di Malaysia.
Cukuplah dengan  pengalaman berdepan dengan kehilangan Pulau Batu Putih tanah Johor itu.  Melayu kita ni mudah hilang ingatan... (agaknya)
Sultan Johor pun  sebelum mangkat, ada keinginan untuk dapatkan balik tanah itu.  Nampaknya, hajat itu tinggal hajat sahaja sehinggalah tibanya ajal  baginda.
3. Dan, banyak lagilah persoalan yang boleh diangkat  dalam pertemuan itu. Itu pun, kalau PM sudi bersoal-jawab dengan  mereka...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment