Tuesday, May 8, 2012

Wahai Peneroka! Perlu Baca..

IPOH: PAS Perak hari ini menyeru kepada semua peneroka Felda khususnya di negeri ini agar meneliti kesan daripada menandatangani surat tawaran perjanjian daripada bank untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Pengerusi Lajnah PembangunanTanah dan Wilayah Negeri, Hj Razman Zakaria berkata, peneroka hendaklah mengetahui tentang kesan langsung yang akan diterima peneroka jika sekiranya berlaku penurunan harga dipasaran saham.

“Diantara kesan yang akan diterima peneroka ialah boleh mengakibatkan tanah dan harta mereka dilelong oleh pihak bank,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Pendaftar Mahkamah tinggi Seremban setelah mengambil kira pandangan Hakim Dato’ Rosnani Ibrahim hari ini mencadangkan permohonan injunsi 125 orang peneroka Felda dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Katanya, permohonan daripada peneroka Felda Gugusan Bera dan Serting itu dibuat untuk menahan bank daripada memproses pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham terbitan awal (IPO) Felda Global Venture Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Katanya, jumlah pinjaman yang tidak dinyatakan ini menimbulkan kekeliruan kerana borang tersebut tidak dapat disemak dan dinasihatkan tentang pinjaman tersebut.

Beliau juga mempersoalkan daripada mana duit ‘durian runtuh’ yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Jengka, Pahang esok.

“Dikhuatiri durian runtuh tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh peneroka tanpa disedari mereka,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.