KAJANG – Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menegaskan mengenai prinsip penglibatan Ikram dalam politik semasa menyampaikan ucapan Presiden sempena Perhimpunan Ahli Teras (PAT) Ikram yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra dekat sini.“Ikram telah membuat keputusan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam,” jelas beliau dalam ucapannya.Sehubungan itu katanya, sekiranya terdapat percanggahan, maka faktor (pendirian) calon terhadap isu-isu sensitif Islam akan diambil kira.“Kita melibatkan diri dalam politik negara dengan tujuan membangunkan umat dan masyarakat yang celik politik, memiliki kematangan dan keberanian bertindak secara politik yang tinggi sehingga mampu menggerakkan perubahan kepemimpinan politik negara, menggerakkan agenda politik yang akan menghantar pemimpin terbaik ke mercu kekuasaan, memimpin negara dengan penuh kewibawaan, mendukung satu sistem politik yang adil dan cemerlang."Menurut beliau, politik Machiavelli telah menimbulkan fenomena yang selalu kita saksikan, pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun, menerusi berbagai tipu daya yang akan menjadikan rakyat sebagai mangsa.Kepentingan umat, rakyat serta negara diketepikan.“Mereka bersedia menindas rakyat dan mencerobohi hak-hak mereka sewenang-wenangnya dengan penuh keangkuhan, apatah lagi bersedia mengorbankan kepentingan rakyat dan prasarana negara demi mempertahakan kuasa tanpa rasa bersalah sedikit pun,” jelasnya.Dalam menghadapi krisis kepemimpinan seperti ini, Dr Parid menggariskan sembilan objektif penglibatan ahli-ahli IKRAM dalam politik, iaitu:1. membangunkan kecelikan politik rakyat
2. membangunkan budaya politik yang bersih dan sihat
3. mewujudkan perubahan lanskap politik negara
4. ke arah peralihan kuasa secara demokratik
5. pertukaran pemerintahan secara aman
6. mengangkat pemimpin terbaik menerajui kepemimpian negara
7. membentuk pemerintahan yang bertanggungjawab
8. membangunkan sistem politik yang adil
9. membangunkan daulah ar-risalah“Pilihlah wakil rakyat dan ahli majlis syura (peringkat negara) daripada kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia, yang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik demi pengurusan perjalanan negara dan kehidupan rakyat.”Presiden Ikram menyarankan agar ahli-ahlinya mengundi secara berprinsip, bermula dengan menyokong calon yang mendukung agenda Islam; kemudian memilih calon yang tidak mengancam perjuangan Islam di Malaysia; dan, (jika) daripada kalangan calon-calon bukan Islam, peribadi calon mestilah tidak memusuhi Islam; dan akhir sekali, mengundi peribadi calon bukan Islam yang bahayanya terhadap perjuangan ummah adalah paling minimum.Beliau berkata demikian di hadapan 930 orang ahli-ahli teras Ikram yang menyertai PAT semalam.
Kejayaan Kutipan Hasil Lepasi RM1 Bilion Tiga Tahun Berturut-Turut Bukti
Tiada Sebab Tukar MB Pahang
-
Kejayaan luar biasa Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan kutipan hasil melepasi
sasaran RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut membuktikan pentadbir...
4 days ago
No comments:
Post a Comment