Tuesday, April 10, 2012

PTPTN : BN pupus Kreativiti, Datuk Husam Musa

WARTAWAN SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penegasan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seperti diumumkan kelmarin, menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Justeru kata beliau, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menurut Husam, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya RM28 bilion."Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu soal beliau, "mengapa Perdana Menteri sanggup memberikan angka yang silap?""Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam kenyataannya kelmarin, Najib berkata, kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Najib nerkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Parti-parti pembangkang bercadang mahu memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang."Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," kata Najib.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN."Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Sebaliknya jelas Husam, jumlah keseluruhan RM28 bilion sehingga akhir tahun lalu tidak semestinya dilunaskan serta-merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," kata Husam lagi.

Husam juga berkata, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekali gus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan Perdana Menteri tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi 'undertaking' dan menjadual semula pinjaman.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.