Friday, April 6, 2012

Pendedahan Surat Makan Diri Zambry Sendiri

"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," demikian akuan DS Nizar berhubung surat yang didedahkan oleh Zambry.

Surat itu adalah di peringkat awal perbincangan dan hanya bermaksud setuju berbincang lanjut. Tidak ada pernyataan bahawa kerajaan PR telah meluluskan tapak di Teluk Rubiah.Mana ada?

Zambry cuba memutar belitkan isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak.Korang boleh baca sendiri kandungan surat itu di sini.Tidak masuk akal, hanya dengan sekeping surat tersebut, Vale sudah mendapat kebenaran untuk beroperasi di Teluk Rubiah. Sudah tentu ada dokumen-dokumen lain selain yang Zambry dedahkan ini.Kenapa Zambry tidak dedahkan dokumentasi yang lain?Kalau Zambry benar-benar ikhlas dan jujur, dia kena buat begitu.

Apa alasan Zambry untuk menyorokan dokumentasi yang lainnya itu?Kita beruntung kerana dapat membaca surat DS Nizar tersebut kerana kita dapat tahu apa yang tersirat di sebaliknya.Kita dapat tahu mengenai penglibatan syarikat tempatan iaitu Harta Makmur.

Walaupun Zambry tidak pernah mahu mendedahkan atau menjawab apabila ditanya - siapa dia Lembaga Pengarah Harta Makmur, rakyat yang celik IT hari ini boleh buat SSM. Kita boleh semak dengan SSM dan kita boleh tahu siapa dia ahli pengarah dan tuan punya Harta Makmur!

Kita boleh tahu siapa Lembaga Pengarah KYM HOLDINGS BHD. Alahai, korang google saja 'Harta Makmur' maka akan keluar 'KYM HOLDINGS BHD.

Nizar minta Zambry supaya bertanggung jawab kalau sekiranya berita ini terdedah luas, melibatkan pihak-pihak VVIP tertentu.Nampaknya, pendedahan surat oleh Zambry akan memberikan implikasi yang kurang baik keatas dirinya sendiri.Omputeh kata, the joke is on you, Zambry!

Pendedahan surat tersebut menjadikan diri Zambry menjadi satu liabiliti terhadap kemusnahan Umno/BN di negeri Perak.Tindakan gopoh dan gelojoh Zambry telah memakan dirinya sendiri.Lantaran itu, dalam ucapan di persidangan DUN kelmarin, Nizar mengucapkan terima kasih kepada Zambry kerana dengan pendedahan surat tersebut ianya akan lebih memudahkan PR kembali memerintah negeri Perak semula.

Surat tersebut juga menunjukan hubungan baik Pakatan Rakyat dengan pelabur-pelabur asing. "Saya seronok kerana surat itu”, sindir Nizar dengan sinis.Sememangnya Nizar, melalui ceramah-ceramahnya, sering kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah bermusuhan dengan Vale.

Malah menurut katanya, mereka mengalu-alukan Vale melabur di negeri Perak dan PR senantiasa mahu bekerjasama dengan Vale! Ianya bukan cerita baru sebagaimana yang mahu digembar gemburkan melalui pendedahan surat tersebut.

Orang-orang Umno yang tidak pernah mahu tahu cerita Nizar mengenai perkara ini, dengan sendirinya kini sudah tahu cerita ini. Ya cerita tentang PR yang tidak pernah bermusuhan dengan syarikat Vale. Cerita mengenai penglibatan 'Harta Makmur'.Dan apa yang penting sekali, Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa kepentingan dalam perkara ini. Korang kena tanya Zambry siapa yang berkepentingan mendapat balak-balak di situ?

"Kalau surat itu, 17 Disember, yang saya tandatangani, saya minta dan merayu , seluruh surat menyurat, dokumentasi daripada awal saya duduk sebagai Menteri Besar, minit-minit mesyuarat, surat kelulusan yang ditandatangan oleh Pangkor , didedahkan kepada rakyat”, kata Nizar.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.