Friday, March 2, 2012

Selesai dalam seminggu: Naib Presiden Pas

KUALA LUMPUR - Langkah meminta Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh menerima tawaran pelantikan semula sebagai Exco Kerajaan Negeri salah satu formula yang dipertimbangkan malam tadi bagi menyelesaikan 'krisis kepimpinan' Pas Kedah, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu, beliau berharap kontroversi yang melanda kerajaan negeri, yang Menteri Besarnya dari Pas, akan selesai dalam seminggu ini.

"Salah satu formula ialah meminta kedua-dua mereka terima jawatan Exco, kita akan bincangkan perkara ini dalam satu pertemuan dengan mereka esok.... antara Datuk Seri Azizan, Phahrolrazi dan Dr Ismail," kata beliau ketika dihubungi awal pagi tadi.

Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selama lebih tiga jam lewat malam tadi gagal menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut pimpinan parti itu di Kedah, yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mesyuarat bermula kira-kira jam 9 malam dengan dipengerusikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pihak yang terlibat dalam kemelut itu iaitu Azizan dan dua Exco yang menolak tawaran pelantikan semula - Phahrolrazi dan Ismail tidak kelihatan.

Azizan juga merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Mesyuarat itu berakhir sekitar 12.30 tengah malam tadi.Laporan media memetik Mohamad berkata, mesyuarat itu masih belum menemui penyelesaian.

Oleh itu, satu pertemuan khas akan diadakan di Kedah esok, yang akan dihadiri Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semua anggota jawatankuasa kerja pusat dan pihak-pihak yang terlibat dalam konflik itu.

"Kita harap mesyuarat itu nanti dapatlah menemui jalan penyelesaian," katanya.
Phahrolrazi dan Ismail tidak mengangkat sumpah bagi pelantikan semula sebagai Exco pada Selasa lalu.Bagaimanapun, tempoh khidmat mereka sebagai anggota Exco hanya tamat secara rasmi 7 Mac ini.

Pada hari yang sama Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Azizan dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Menjawab soalan mengenai hasil perbincangan mesyuarat khas malam tadi, Salahuddin yang dihantar sebagai wakil kepimpinan pusat untuk menyelesaikan isu itu awal minggu ini berkata, "kami yakin akan dapat menyelesaikan isu ini dalam seminggu ini.

Boleh selesai dalam seminggu ini.

"Kami hendak menyelesaikan satu perkara demi satu perkara," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini dengan merujuk kepada pertemuan khas bersama di Kedah malam esok.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.