ERMA YUSNIDA JUSOHKUANTAN - Penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jati oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali disifatkan Pas tidak menjejaskan parti itu kerana ia hanya NGO dan bukan parti politik.Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, pihaknya tiada halangan malah terbuka menerima sebarang situasi.Tambahan pula, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali bukan lagi ahli Pas dan tidak terikat dengan peraturan parti.“Saya melihat perkara tersebut sebagai usaha mewujudkan platform baru kepada perkembangan NGO di negara ini dan tiada kaitan dengan Pas.“Malah saya tidak menganggap ia satu ancaman kepada Pas malah yakin ahli Pas sendiri tidak mudah terpengaruh dengan isu yang dibawakan beliau,” katanya kepada Sinar Harian.Tuan Ibrahim berkata, melalui tinjauan yang dijalankan dalam kalangan ahli parti, penubuhan Jati dan pelbagai isu yang dibawakan Hassan tidak menjejaskan pendirian dan kesetiaan ahli terhadap parti.Kata beliau, ahli Pas di Pahang khususnya sudah sedia maklum mengenai isu berbangkit yang ditimbulkan tokoh agama namun tidak mudah tergugat dengan kenyataan yang dibuat.“Kita kini fokus kepada Pilihan Raya Ke-13 (PRU13) malah jentera parti tidak pernah merasa kehilangannya.“Buat masa ini, kita tidak mahu melayan dan rasa terganggu dengan ‘kemuncup’ yang ada,” katanya.
Selamat Hari Wartawan Nasional, Saya Wartawan Bebas Yang Tidak Pernah
Diiktiraf Oleh Pihak Kerajaan Sebenarnya
-
Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional
2026 buat semua sahabat wartawan media.
Saya wartawan bebas 'belakang tabir' ...
1 week ago

No comments:
Post a Comment