Thursday, January 19, 2012

'buah buruk' kata Subky Abdul Latif

KUALA LUMPUR, Veteran PAS Subky Abdul Latif  mengibaratkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali seperti “buah buruk” yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu “dijolok.

”Ketika dihubungi  Subky berkata kepimpinan PAS tidak perlu melayan dan ambil peduli tentang tuduhan yang dilemparkan Hasan terhadap parti itu.

Beliau juga berkata Hasan kini hanya “orang luar” dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hasan  dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

“Beliau (Hasan) bukan lagi ahli PAS, jadi suka hati beliau nak kata apa...kita tidak boleh nak arahkan beliau lagi sebab beliau sudah dipecat.“Kalau kita layan pun tak guna, tidak jejaskan kita dan Pakatan Rakyat.

Beliau ibarat buah buruk, buah buruk ini kalau dijolok jatuh...tak dijolok pun boleh jatuh sendiri. Jadi kita tidak perlu buat apa-apa,” kata Subky.

Bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan ini berkata Hasan kini sudah bebas menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu “boleh buat apa sahaja yang disukai.”

Beliau bukan orang pertama yang keluar dari Pakatan Rakyat, dalam PAS beliau orang pertama.

“Terpulang kepada beliau nak kata apa...tak usah peduli, buang masa sahaja,” katanya.

Semenjak dipecat, Hasan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan terhadap PAS, Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan juga menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan “parasit” dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Kata Hasan, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Menyentuh mengenai kewujudan “parasit” dalam PAS, Subky secara berseloroh berkata ia bukan masalah kepada parti Islam itu untuk “tangkap dan masukkan dalam botol” kerana dibarisi ramai tokoh agama.

“Parasit ini satu jenis makhluk spesis hantu, dalam PAS kita ada Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am) dan Datuk Ismail Kamus yang boleh kenal parasit sebab mereka ini pengamal perubatan Islam.

“Mereka boleh tangkap parasit dan masukkan dalam botol kalau betul-betul ada,” katanya sambil ketawa.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.