Friday, November 4, 2011

Apa Yang Di Pakai Kat Leher Najib Ni?


Paparan muka depan Utusan Malaysia hari ini memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, mengerjakan tawaf di Baitullah dengan memakai sesuatu yang berupa kalung dilehernya.

Adakah ianya tangkal? Mudah-mudahan tidak lah.. Dalam kepercayaan tahyul masyarakat Melayu, tangkal selalunya dikaitkan dengan usaha untuk menghalau hantu iaitu sebagai ‘pendinding’ atau untuk mengelak/menyembuhkan penyakit atau untuk memberi kekuatan atau kelebihan kepada sipemakai, misalnya, kekebalan.

Pejabat Perdana Menteri Menafikan

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri ketika dihubungi Mynewshub.my menjelaskan Najib tidak ada memakai kalung mahupun tangkal sepanjang mengerjakan ibadat haji. Sebaliknya, tali yang tergantung di leher Perdana Menteri itu merupakan tali yang diikat pada buku panduan haji yang biasa dipakai oleh jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia.

“Buku panduan haji yang siap ada dengan tali ini banyak dijual di Malaysia. “Mereka yang pernah menunaikan haji atau umrah biasa menggantung buku ini di leher terutama ketika mengerjakan tawaf dan saei,” kata seorang pegawai di pejabat tersebut.

Justeru pegawai berkenaan berharap, orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan liar bahawa tali yang tergantung di leher Najib adalah tangkal seperti yang didakwa oleh sebuah portal milik pembangkang.

Beliau juga meminta orang ramai mendoakan Najib dan rombongan yang sedang mengerjakan salah satu Rukun Islam di Mekah dan jangan mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah atau fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.