1. Membangkitkan isu Hudud dan negara Islam kerana merasai peluang terbaik menampakkan kononnya perbezaan PAS-DAP
2. Ahli parti pembangkang keluar beramai-ramai untuk sertai parti komponen BN. Misalnya beribu ahli PAS masuk UMNO, yang sebenarnya ialah 'UMNO masuk UMNO'
3. Menggambarkan berlaku keretakan dalam pakatan pihak lawan BN dengan menonjolkan perbezaan pandangan. Jika ianya tidak berlaku maka mereka akan mengada-adakan cerita bohong dan fitnah mengenai 'perkelahian' yang wujud
4. Serangan bertalu-talu untuk isu tertentu yang difokuskan mereka. Misalnya sejak 1990... PAS kerjasama dengan DAP, PAS gugur negara Islam, PAS nak lelong Putrajaya, Tuhan 'mencarut', buku Shit karya Shahnon Ahmad dll. Yang terbaru isu Mat Sabu sokong Mat Indera. Modus operandi mereka sama sahaja iaitu mengasak bertalu-talu dengan kekuatan media yang mereka miliki.
5. Menampilkan imej PM disokong ramai rakyat dengan menyiarkan Najib diserbu rakyat dalam suasana berhimpit-himpit. Walhal itu semua cuma lakonan yang dibuat di tempat agak sempit (bagi menampakkan kesesakan) dan menggunakan teknik focus dan cropping
6. Peruntukan, pemberian atau sumbangan yang banyak oleh pemimpin BN di mana-mana
7. Imej positif PM difokuskan dalam pelbagai situasi, misalnya naik bas, naik keretapi, naik basikal, makan bersila, masuk masjid, masuk pasar dll.
8. Menimbulkan ancaman dan ketakutan di kalangan rakyat. Misalnya PR menang DAP (Cina) berkuasa, PR menang negara huru hara, PR bawa ideology komunis, PR menang kuasa asing akan menjajah dll.
9. Berikut adalah istilah/frasa wajib yang digunakan oleh media BN untuk pembangkang menjelang pilihanraya:
a) Terdesak
b) Hilang sokongan
c) Celaru
d) Ketandusan isu
e) Mengalih isu
f) Menutup kelemahan
g) Menyebarkan dakyah
h) Menyemai kebencian
i) Kepentingan politik
j) Memperalatkan
k) Berdolak-dalik
l) Propaganda
m) Permainan politik
n) Sandiwara
o) Cuba mengkaburi
(Cuba baca mana2 akhbar BN hari ini... istilah di atas wajib ada dalam ayat yang digunakan)
10. Laporan bohong dan fitnah mengenai pembangkang, mengulang-ulang pembohongan itu dan memanjangkan komentar terhadap pembohongan tersebut bagi menampakkan seolah-olah ia benar, sesuai dengan prinsip Joseph Gobbels (Menteri Penerangan kerajaan Hitler) iaitu 'bohong yang diulang-ulang akan dipercayai orang akhirnya'。

No comments:
Post a Comment