Saturday, October 1, 2011

Asri: PAS perlu kerangka politik lebih besar jika mahu pimpin Putrajaya

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KEPALA BATAS, — PAS yang menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-60 hari ini memerlukan kerangka politik lebih besar dan pemimpin-pemimpin yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mengakui PAS sudah matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan.

Bercakap pada forum perdana sambutan 60 tahun PAS di Dewan Millenium di sini malam tadi, Asri berkata, parti yang kini diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang memerlukan tokoh ikon terutamanya untuk mendapatkan kepercayaan rakyat berbilang kaum.

“PAS perlu mewujudkan atau gilap seorang tokoh yang bukan sahaja diterima ahli PAS tetapi orang di luar PAS, kalau kita lihat terdapat 60 peratus pengundi yang belum membuat keputusan.

“PAS perlu seorang tokoh yang bukan sahaja disebut nama sudah dikenali macam Burhanuddin al-Helmy... hebat, bukan sebut nama orang dah kenal, tapi rakyat juga lihat dia layak untuk jadi perdana menteri,” katanya.

Burhanuddin merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Hari ini PAS meraikan sambutan enam dekad kewujudannya di Kepala Batas — tempat kelahiran parti Islam ini dan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Kata Asri, tokoh ikon itu akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

“PAS mesti wujudkan tokoh ikon ini, ini perlu untuk ke Putrajaya, PAS perlu wujudkan tokoh di kalangan PAS sendiri,” katanya.

Selain itu, Asri juga menasihatkan PAS supaya membentuk kerangka politik yang lebih besar.

Beliau turut memberi cadangan agar kepimpinan tertinggi PAS tidak melibatkan diri dalam hal-hal remeh yang boleh diselesaikan di peringkat bawahan.

“PAS perlu kerangka politik yang baru, PAS perlu wujudkan kerangka yang lebih besar... kerangka Malaysia bukan kerangka Kelantan.

“Umno bukan piawaian untuk PAS buat perbandingan, PAS perlu berada di tempat lebih tinggi,” katanya. Asri turut menekankan agar kepimpinan PAS terus mempertahankan dasar Islam walaupun dikritik pihak tertentu.

“PAS sudah mencapai usia matang kerana bersedia mendengar pandangan yang berbeza, saya melihat PAS telah berjalan di atas landasan sehingga dunia Islam menyedari tentang kebangkitan Islam.

“Pemimpin-pemimpin dalam PAS perlu terus mempertahankan dasar Islam, PAS perlu realistik dan ketepikan retorik politik, PAS juga perlu bergerak ke hadapan dengan lebih terbuka dan memahami Islam secara meluas,” katanya.

Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat agar tidak “melambakkan” idea politik secara terus kepada rakyat.

Sebaliknya jelas Asri, kaedah terbaik adalah melalui dialog atau perbahasan untuk menjelaskannya kepada rakyat.M/I

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.