Saturday, October 1, 2011

Bagaimana Israel maju dalam bidang pertanian

Kurma buatan Israel yang jadi isu semasa bulan Ramadan yang lalu

Israel adalah pengesport utama untuk produk-produk pertanian, dan merupakan negara pemilik teknologi tertinggi dalam bidang pertanian. Dengan keadaan negara yang tidak kondusif terhadap pertanian iaitu lebih dari separuh tanah Israel adalah gurun, dengan iklim dan sumber air yang sangat sedikit, merupakan faktor penghalang yang membuat kawasan ini tidak mungkin untuk dibuat penanaman.

Hanya 20% kawasan yang boleh diusahakan. Ketika ini, pertanian Israel menduduki 2.5% jumlah GDP dan 3.6% export. Dengan jumlah pekerja pertanian 3.7% daripada jumlah tenaga kerja di Israel, jumlah ini menutupi 95% keperluan makanan negara, sebagai pelengkapnya adalah dengan mengimport biji-bijian, daging, kopi, coklat dan gula.

Israel adalah penghasil loquat kedua terbesar selepas Jepun. Salah satu penghasil citrus terbesar di dunia, termasuk jeruk, grapefruit, tangerines and the pomelit, buah hybrid dari grapefruit dan pomelo yang dibangunkan di Israel. Salah satu pengesport bunga terbesar di dunia. Serta menjadi salah satu negara yang menghasilkan wine. Selain itu, Israel juga merupakan negara pengeluar susu dan ikan air tawar.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan antaranya: citrus, alpukat, kiwi, jambu, mangga, tomato, timun, peppers, zucchini, melon, pisang, kurma, anggur, epal, pir, cherry, jeruk, plum, nectarines, strawberry, prickly pear, persimmon, loquat, pomegranates, cherry tomato.

Perhatikan bahawa produk pertanian yang dihasilkan Israel adalah produk pertanian jenis tropika dan subtropika. Bagaimana negara gurun ini menghasilkan buah-buahan dan bunga subtropika? Bagaimana lembu boleh diternakkan di kawasan gurun? Bagaimana negara kurang air ini dapat mengeluarkan ikan air tawar? Bagaimana Israel boleh memenuhi keperluan makanan negara, dan menjadi negara pengeksport hasil pertanian, padahal 80% wilayah negara adalah gurun? Bagaimana 3.7% tenaga kerja dapat memenuhi 95% keperluan makanan negara dan menjadi salah satu pengeksport pertanian terbesar di dunia?

Israel menggunakan air laut untuk mengairi tanah sawah, perkebunan dan kolam ikan. Air dialirkan dari tempat pemprosesan air laut ke kawasan-kawasan pertanian yang sebahagian besar gurun. Teknologi pengolahan air, teknologi pertanian, teknologi ekosistem dilaksanakan. Membuat apa yang tidak mungkin menjadi mungkin.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.