Tuesday, October 4, 2011

Amaran Najwan Mengenai 'Musang Berbulu Ayam' Sebelum Anwar Diperangkap !!


Najwan Halimi yang menjadi saksi misteri bagi kem saksi pembelaan Anwar Ibrahim pernah menulis dalam blognya dua minggu sebelum Anwar Ibrahim dituduh melakukan liwat terhadap Saiful.

Dalam entry "Awas, ada musang berbulu ayam (siri 3)" bertarikh 13 Jun 2008, Najwan menulis;
Saya pernah menulis tentang 'seekor musang' dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.

Khabarnya, 'musang' tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.

'Sang musang' dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.

Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru 'musang' ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, 'musang' ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.

Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, 'sang musang' menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.

Ini membuktikan Najwan Halimi adalah saksi yang kredibel dan bukan saksi 'friendster' sepertimana yang dilabel oleh sesetengah pihak yang menyangka Najwan mereka-reka cerita mengenai Saiful Bukhari.

Latar belakang 'musang' ini juga harus dikenalpasti sebaik sahaja Najwan Halimi mendedahkan perihal kebarangkalian perangkap terhadap Anwar Ibrahim.. Tetapi malangnya pendedahan Najwan mengenai perangkap dari seekor 'musang berbulu ayam' telah tidak diendahkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan juga orang-orang di sekeliling Anwar.

AMK sebagai penggerak anak muda(?) seharusnya lebih peka terhadap sebarang gerakan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim walaupun dari dalam kem luar dan kem sendiri memandangkan Anwar ketika itu dilihat sebagai susuk yang paling digeruni termasuklah menjadi nadi gerakan untuk menumbangkan Umno melalui usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional.

Najwan Halimi yang hadir sebagai saksi pembelaan hari ini menjawab semua persoalan mengenai Saiful dengan tenang dan dapat meyakinkan semua yang mengikuti perbicaraan Anwar betapa Saiful adalah musang berbulu ayam.

Sesungguhnya fitnah terhadap Anwar Ibrahim ini bukan sahaja merosakkan pemikiran malah membuatkan rakyat semakin jemu dengan politik lucah yang dilagukan oleh mereka yang terdesak.


EDYES @ edyesdotcom

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.