Oleh Haji Abdul Subky Latif
Kejadian yang pertama ada majlis jamuan makan bagi orang yang berpendapatan rendah termasuk orang Islam. Kehadiran orang Islam ke gereja atau mana-mana rumah ibadat bukan Islam dalam keadaan biasa adalah mengundang sensitif buat masyarakat Islam.
Dengan dua kejadian itu mengeruhkan kemanan berfikir rakyat semua kaum yang berbilang agama ketika negara sedang mengajak semua pihak melaksanakan program 1Malaysia dan parti-parti politik yang sedang bekerja keras bagi menyerlahkan siapa yang boleh membawa harmoni kaum dan agama selepas pilihan raya umum ini.
Kita kena mengaku bahawa dalam suasana mahu memupuk perpaduan dan keharmonian kaum dan agama timbul cabaran perkauman yang membimbangkan. Negara boleh berbangga selepas merdeka dan selepas gangguan kejadian 13 Mei 1969 dapat mengendurkan atmosfera perkauman kepada keadaan yang terbaik.
Tetapi cabaran perkauman itu kembali mengganggu.
Golongan yang berkuasa dikritik kerana dirasakan sudah kurang upaya bagi mengekalkan keharmonian yang sudah lama wujud. Dan seperti ada tanggapan keamanan dan keharmonian yang berlangsung baik boleh menyukarkan melanjutkan kekuasaan.
Pihak yang mencabar kuasa mengkritik pihak yang berkuasa gagal mewujudkan keharmonin yang berterusan malah tidak berupaya membendung gejala baru perkauman.
Isu yang membabitkan gangguan hubungan Islam dan gereja banyak timbul tenggelam sejak beberapa ketika akhir-akhir ini seperti penggunaan nama Allah sebagai Tuhan, peneritan risalah agama dalam bahasa Melayu, melempar bahan api ke gereja dan sebagainya.
Semua ancaman itu dapat ditangani tetapi ia tetap mengganggu masyarakat. Kejadian di gereja Mathodist itu adalah gangguan yang terbaru.
Isu ini adalah isu terbesar selepas isu pemegang kuasa terganggu oleh penganjuran sehari Bersih 2.0 dan Bersih 2.0 mengadakan unjuk rasa aman terganggu oleh tindakan polis yang dikatakan berlebihan.
Sudah sebulan polis, SPR dan kerajaan berhempas pulas untuk menangkis kesan negatif yang dihadapinya gara-gara reaksinya kepada gema Bersih 2.0, masing-masing belum lepas dari bahananya. Maka sekarang datang pula apa yang dinamakan gereja diserbu Jais.
Ia mengundang suasana tidak seronok buat semua kecuali gejala yang sukakan kekacauan dan gangguan ketenangan.
Dalam banyak kejadian akhir-akhir ini PAS telah bangun di tengah masyarakat bagi menangani berbagai isu mengikut pandangan Islam. Ia bangun bagi membuktikan bahawa Islam ada jawapan kepada semua masalah.
PAS adalah badan dakwah dan ia juga adalah badan politik. Ia ada kepentingan dakwah dan ia ada kepentingan politik. Ia membawa risalah dakwah dan ia membawa risalah politik.
Kepentingan utamanya adalah untuk mendapatkan keyakinan rakyat semua kaum. Penerimaan semua kaum adalah cabaran utamanya. Itulah masalah yang dihadapinya sejak kewujudannya.
Hari ini peranannya itu mendapat perhadian semua pihak terutama mereka yang mahukan perubahan besar dalam negara. Hampir semua jawapannya kepada isu yang berbangkit yang melibatkan gereja dan politik telah menarik perhatian banyak pihak. Ia pun pergi ke gereja untuk mendengar dan mendapatkan maklumat.
Isu gereja dan Jais ini mengundang cabaran besar buatnya. Isu ini mengundang sensitif buat semua pihak. Pendiriananya sedang diperhatikan oleh semua.
Peraturan ada semua agama lain tidak boleh membuat apa-apa percubaan bagi menukar agama orang Islam. Kunjungan orang Islam ke gereja atau ke kuil memang dipandang berat oleh orang Islam. Payah bagi orang Islam Malaysia untuk mengubah sensitif itu dan peraturan itu diketahui oleh semua.
Cuma umat Islam kurang sensitif jika ada orang Islam dan pemimpinnya hadir ke acara Taipusam di Batu Caves atau di mana-mana. Ertinya pada tertentu seperti itu boleh orang Islam pergi menengok. Maka pada hari terbuka seperti itu orang Islam masuk ke gereja dan kurang syak masyarakat atas pemergiannya itu.
Mungkin gereja boleh menjamu orang miskin semua agama sebagai satu kegiatan kebanjikannya. Tetapi seeloknya tidak diadakan di gereja kerana masuk ke gereja bagi orang Islam tidak diterima oleh masyarakat Islam.
Tetapi kalau gereja itu selalu menjamu orang miskin secara terbuka atas apa tujuan juga, maka tidak apa yang dibuat kalau orang Islam yang lapar masuk makan sama. Apa lagi kalau negara dan masyarakat Islam tidak menjaga orangnya yang lapar itu.
Apa yang PAS dapat buat dalam isu ini? Ia ada kepentingan politik untuk semua dan ia membawa risalah Islam untuk semua. Di Jais dan dalam Jais ada penyokong PAS dan di gereja pun sudah ada yang tertarik pada PAS.
No comments:
Post a Comment