Wednesday, September 7, 2011

Jais kubu Umno di Selangor dinaungi Sultan

Harakahdaily melaporkan:
SHAH ALAM, 7 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno dalam usaha menyekat pergerakan PAS.

Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau.

Khalid yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas beliau itu.

“Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS.

"Enakmen yang diguna pakai oleh mereka adalah yang digubal semasa pemerintahan mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat membuat apa yang mereka suka lebih-lebih lagi apabila sudah hampir dengan pilihanraya,” jelasnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya di Kuala Terengganu mendakwa Umno terlibat di belakang operasi memeriksa yang dibuat Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama.

Ekoran itu, Umno Selangor mahu menyaman beliau dan Mustafa menjawab beliau akan memberikan buktinya dalam mahkamah nanti.

Dalam pada itu, Khalid tidak menolak Jais bukan sahaja menyekat pergerakan PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Jelas kerana semuanya bermotifkan politik dan Umno berada dalam ketakutan, mereka bukan sahaja ingin menghalang PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Sepatutnya Intitusi ini bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang Islam tetapi sekarang semuanya telah berubah mereka pula yang menghalang.

“Selama tiga tahun kita telah cuba mencorak Jais dengan pendirian Islam memerintah bukannya diperintah tetapi Jais tetap berkeras dengan pendirian lama mereka yang mahukan pentauliahan jika ingin menyampaikan tazkirah kecuali di rumah sahaja,” katanya lagi.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Saya akan terus lawan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa hilang keistimewaan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. - Hrkh.
Yang aku lagi mushkil kes Dr. Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru dilantik mengantikan Dr. Hasan Ali. Katanya Dr. Rani sebelum ni memang ada tauliah dari Jais tapi dah ditarik balik.

Maksudnya, sebelum ni Dr. Rani memang berkelayakan untuk bagi ceramah agama tapi dia dah hilang kelayakan tu. Mungkin kut Dr. Rani didapati men yeleweng masa mengajar sebelum ni kut, pasai tu tauliah dia tak disambung.

Untuk rekod, Jais adalah di bawah kuasa Sultan Selangor bukan di bawah kuasa Menteri Besar.

Sebelum ni Harakahdaily melaporkan:
SHAH ALAM, 7 Sept: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menarik balik tauliah mengajar agama tidak akan menyekat dari beliau memberikan kuliah agama.

"Saya akan teruskan, takkan kerana tidak ada tauliah ini akan menyekat saya bercakap tentang agama," kata Dr Rani (gambar) kepada Harakahdaily.

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan, Adun Meru itu berkata, sementara menuntut penjelasan daripada Jais atas tindakan mereka itu, beliau akan terus memberi kuliah agama di masjid dan surau, tidak kira tindakan yang hendak diambil oleh Jais kelak.

“Saya cuma menyampaikan kuliah menyentuh kebenaran tentang Islam. Tak akan saya tidak boleh berbuat demikian, tidak boleh cakap mengenai Islam? Saya akan teruskan kuliah saya di masjid, jika mereka kata salah, bawa saya ke mahkamah, kita jumpa di mahkamah,” katanya lagi.

“Apapun kami akan bertemu dengan Jais untuk mendapatkan bukti, minta mereka tunjuk bukti... alasan mereka membatalkan tauliah yang diberikan kepada saya,” kata beliau lagi.

Harakahdaily semalam menyiarkan berita tindakan Jais menarik balik tauliah yang diberikan kepada beliau setahun lalu.

Penarikan itu dibuat dalam satu surat yang dihantar Jais kepadanya bulan Ramdhan lalu.

Harakahdaily juga menyiarkan tindkan Jais mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Dr Rani adalah Pesuruhjaya PAS Selangor menakala Kahlid adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Dr Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Jun lalu bagi menggantikan Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang juga Exco kerajaan Selangor yang mempengerusikan portfolio agama dan indrastruktur. - Hrkh.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.