Wednesday, August 10, 2011

AirAsia dah telan MAS, lepas ni IPP telan TNB pulak?

Oleh Penarik Beca

Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan adakah permainan "aku baghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEcbihuB4MsuCWAEH47VftzqPyzPeWLQl2k74NRTr1fnzr3aEyGuKHMegUd_Pt48xWCLNc6SrGYKAJizuMSmiF6mV2j66R-zNy5yupAOMXozLfVnEvWe6VqQdXfOZlSOUQV1k-NZgo/s1600/Kerajaan+atau+Khazanah+bagi+duit+kat+Tony%252C+Tony+beli+saham+MAS+dan+kuasai+MAS.jpgi duit kat hang, hang beli la saham MAS" (istilah saya dalam inverted commas tu) mengakibatkan monopoli. Puak-puak yang terlibat dalam game yang orang kata "something fishy is going on" tu pula kata dakwaan monopoli adalah gila.

Sejarah perogolan dan pembantaian harta rakyat di dalam dan berkaitan MAS tu dah lama berlaku. Ada orang kata ia berpunca dari sifat bongok mereka yang menerajui MAS. Ada yang kata, sebenarnya tak bongok. Tetapi, MAS sengaja dirogol sejak berpuluh tahun lalu dan perut-perut tertentu dengan sedapnya mentekedarah sepuas-puasnya dengan merogol harta benda rakyat di dalam dan berkaitan MAS itu.

Saya pernah mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta.

Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious invoices lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga beliau tak henti-henti didakwa mengakibatkan MAS rugi besar? Sukar dipercayai dia berani buat semua tu sorang-sorang. Persoalannya, siapa di belakang dia?

Beberapa tahun selepas tu dibawa masuk Datuk Seri Idris Jala. Konon untuk selamatkan MAS. Idris pun excercise polisi slash and burn dia. Maklumlah, dia orang Sarawak. Di sana ada slash and burn farming. MAS tetap melingkup. Dan persoalan yang lebih besar lagi, kalau MAS pun melingkup dan tak berjaya diselamatkan oleh polisi slash and burn Idris, apa jaminan segala Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) yang kini diterajuinya boleh berjaya?

La ni, Khazanah bagi duit kat Tune Air (konon ambik stake dalam Tune Air) dan Tune Air pula ambik pegangan dalam MAS. Khazanah kerajaan punya. Orang mendakwa, apa yang berlaku itu hakikatnya kerajaan bagi duit kat Tan Sri Tony Fernandes dan lepas tu Tony kuasai MAS. Adoi la!

Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat Celcom dan Celcom yang dulunya bawah Telekom kuasai Telekom pula dengan duit yang kerajaan bagi tu (sedapnya Axiata yang entah dari mana dapat sunrise business dalam Celcom dan tinggal tulang-tulang iaitu sunset business - fixed line - kepada Telekom). Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat penjana tenaga bebas (IPP) dan selepas itu, dengan duit itu, IPP kuasai TNB? Adakah selepas ini kerajaan akan bagi duit kepada Kencana dan selepas itu, dengan duit itu, Kencana kuasai Petronas?

Sekarang Tony dah kuasai national carrier Malaysia. Adakah selepas ini dia akan kembangkan emapayarnya dengan menggunakan tiket national carrier? Hampa nak marah kat dia? Dia orang business. Dia bukan berkerja untuk kepentingan negara dan rakyat. Dia berkerja untuk duit dan keuntungan.

Sebahagian orang Umno mungkin akan marah kat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku. Awat, hampa ingat kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin naik jadi Perdana Menteri semua akan elok? Mimpilah! Macam hampa mimpi Najib akan buat semuanya jadi elok selepas hampa hambat Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu [Terima kasih kepada seorang Mat Korporat atas pelbagai maklumat yang diberikannya dan gambar di atas pula ihsan

Malaysiakini].

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.