Thursday, August 25, 2011

Abdi Kepada Allah;Melahirkan Jiwa Yang Merdeka

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Selagi jiwa masih terikat dengan makhluk selagi itulah jiwa tidak merdeka dan menjhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQrcwA6em1bAtRRGlOA1LZcZypTvMZ1R89QDd7wbe-lYHw9fism3d4pEawicgScVb1gPbXH97VrIWP5xAmmYnhW9qk09fmPOF_dkSgZj0HbFhrZGlkcp9adBZ9Sb_4m34UxfvhmR-oiYAG/s1600/idris.JPGadi satu hambatan kepada manusia. Maka Islam mengharamkan kita memperhambakan diri sesama makhluk, sebaliknya pengabdian mutlak hanya kepada Allh SWT.

“”Dan sungguh kami telah mengutuskan seorang Rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), sembahlah Allah, jauhilah toghut”. (Al-Nahli 16:36)

“Barangsiapa yang ingkar kepada Toghut, dan beriman kepada Allah , maka sesusngguhnya dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar, Maha Mengetahui” (Al-Baqarah 2:256)

Ibadah puasa yang kita tunaikan sekarang ialah lambang perhambaaan kita sebagai hamba Allah SWT untuk kita merungkaikan ikatan dengan makhluk

Kedatangan semua para Rasul yang diutuskan kepada kaumnya hanya bermatlamat untuk menyeru umatnya memperhambakan diri kepada Allah dan meninggalkan toghut iaitu golongan yang melampaui batasan Allah samaada berupa manusia atau syaitan.

Kata-Kata RuBai’e Bin Amir pada Rustam (Parsi) ialah contoh manusia yang merdeka walaupun berhadapan dengan kuasa manusia yang digeruni. Jawapan hamba yang merdeka kepada manusia yang berkuasa,

“ Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan manusia dari menjadi hamba kepada hamba kepada menjadi hamba kepada Allah yang maha esa lagi Maha Perkasa.Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas.Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutuskan dengan agama Allah kepada makhlukNya untuk menyeru mereka kepada Allah.Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka ditanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah…”

Kata-kata yang tegas daripada seorang yang berjiwa merdeka tanpa takut dan gentar kepada manusia yang gagah perkasa, kerana mereka yakin bahawa Allah lebih perkasa daripada semua makhluk.

Sempena dengan negara yang akan menyambut kemerdekaan ke 54 maka perlu kita membuat muhasabah diri apakah pemikiran kita sudah merdeka atau masih lagi dijajah.

Parti Islam Semalaysia Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebagai dasar menjadikan agenda kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan sejak daripada awal penubuhannya lagi.

Menurut Perlembagaan Pas di dalam fasal 5 tujuan Pas ialah:
(2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Jika dilihat daripada undang-undang tubuh Pas sudah membuktikan bahawa kewujudan Pas ialah bertujuan untuk kemerdekaan negara. Perjuangan Pas adalah lanjutan daripada gerakan Islah yang meniupkan semangat untuk mencetuskan kesedaran kemerdekaan di kalangan orang–orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah. Mereka memainkan peranan yang penting untuk memperjuangkan kedaulatan negara. Terutama mereka yang pulang dari Asia Barat, seperti Mesir. Gerakan yang diketuai oleh Syed Sheik bin Ahmad al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaludin al-Azhari yang banyak menerima idea-idea pembaharuan Sheikh Muhammad Abduh yang merupakan seorang pemimpin kebangkitan Islam di Mesir. Apabila Syed Syeikh al-Hadi pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1904, beliau menerbitkan majalah al-Imam iaitu majalah pelajaran, pengetahuan dan pengkhabaran, penerbitan pertama pada 23hb Julai,1906. Majalah ini telah membuka fikiran orang Melayu dan meniupkan semangat kesedaran pada jiwa orang Melayu.

Dalam persidangan di Kepala Batas pada 4hb. Jan 1953 Pas telah menetapkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara yang bercorak Islam.

Ini dapat diperhatikan melalui ucapan Dr. Burhanudin Helmi dalam Mesyuarat Agung Pas Ogos 1957 yang berbunyi
“ …..bahawa dasar perjuangan kita ialah “kemerdekaan” yang penuh…”

Begitu juga ucapan almarhum Prof Zulkifli Muhammad dalam persidangannya di Kepala Batas pada 4hb. Jan 1953 Pas telah menetapkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara yang bercorak Islam.

Adalah satu pembohongan seperti yang diucap oleh pemimpin Umno yang mengatakan Pas tidak mahu merdeka dan Pas adalah anak didik penjajah. Kata-kata Pro. Zulkifli Muhammad telah menjawab tuduhan ini. “ Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing yang tidak seagama dengannya.

Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh tuhannya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajah. Nyatalah bahawa memperjuangkan kemedekaan itu bagi umat Islam, dan parti politik Islam, bukan sahaja merupakan kewajipan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan”.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.