Wednesday, July 20, 2011

Ke Mana Najib Pergi, Ada "Hantu" Mengekori

Pertemuan Najib-Pope, cari sokongan Kristian?'

Sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

Mereka juga melahirkan kebimbangan Najib mempolitikkan lawatannya ke Vatican.

Mereka juga khuatir bahawa lawatan Najib ke Vatican pada masa ini dilihat sebagai usaha mencari sokongan popular menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2013 dan boleh menyaksikan beliau terus berkuasa.

Surat itu juga menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan BN pimpinan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat di negara ini.

Menurut mereka kebebasan beragama di Malaysia begitu terhad dan mengemukakan contoh seperti kes mahkamah Lina Joy dan rampasan buku serta kitab Kristian sebagai hujah.

Populariti

Surat yang disiarkan secara penuh oleh NGO Aliran itu dialamatkan kepada paderi kanan - Pontiff, dengan salinannya dihantar kepada Archbishop Leopoldo Girelli, yang beribu pejabat di Singapura.

Dalam surat mereka, kumpulan itu berkata tindakan keras ke atas BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini - menyaksikan gabungan 62 NGO berkenaan ditekan dan dihambat oleh pihak berkuasa yang selama ini dikuasai oleh parti politik yang sama dan sekarang diterajui oleh Najib.

Menurut mereka, Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mana Gereja Katolik turut bernaung telah mengesahkan hak BERSIH untuk berhimpun dan berarak secara aman yang disifatkan sebagai 'tuntutan berpatutan'.

Kumpulan itu juga mendakwa Najib bertindak bertentangan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, yang mahu konfrontasi dengan penyokong BERSIH dielakkan.

Malah presiden Umno itu juga mengisytiharkan pertubuhan BERSIH sebagai haram dan menolak permohonannya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai lalu.

Berwaspada

Justeru, kumpulan itu meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib

“Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia,” kata mereka.

Penganut Kristian berkenaan juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.

“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.

“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013,” tulis mereka.

Selepas lawatan ke Vatican semalam, Najib berkata Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pertemuan Najib dan Pope Benedict XVI diadakan di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar Rom. -mk

Ulasan GB

Kemana saja Najib pergi, seolah-olah ada hantu sedang mengekorinya.

Di London, sebelum beliau sampai, Amnesty National telah terlebih dahulu mengadu kepada pihak kerajaan Britain supaya tidak menyediakan hamparan karpet merah kepada Najib.

Dan Najib disambut dengan demo serta nyanyian Yellow Submarine di sana oleh rakyat Malaysia yang tinggal di London.

Lebih memburukkan, Queen Elizabeth menyambutnya dengan berpakaian kuning, satu sindiran tajam kepada Najib yang menentang perhimpunan BERSIH - itu pun jika Najib mempunyai harga diri dan maruah untuk memahami warna pakaian yang dipakai oleh Queen.

Kini, beliau ke Rom bertemu Pope Benedict XVI dan diekori dengan surat yang ditandatangani 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik yang mengadu kepad Pope berkenaan tentang perilaku buruk Najib terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

Nampaknya apa yang GB katakan sebelum ini bakal menjadi kenyataan. Petikan:

Pertama kali di dalam sejarah BERSIH, ia tersebar dan disambut di seluruh pelusuk dunia (bukan sekadar di Malaysia). Jika di dalam negara sambutan Bersih di kekang oleh Polis & FRU, tetapi di luarnegara mereka bebas. Dan GB percaya bilangan mereka yang menentang Najib (setidak-tidaknya di dalam isu BERSIH) semakin membuak dan membesar.


Dan satu ciri yang menarik pada BERSIH kali ini ialah ia disertai oleh rakyat yang multi-racial bukan lagi terhad kepada kelompok etnik Melayu seperti di dalam BERSIH 1.0
Apa yang berlaku itu menunjukkan juga pemerintahan Najib sudah berada di penghujung jalan.
Jika sebelum ini diketahui, dahulu, Najib begitu beriya-iya ingin mengambil-alih tampuk pemerintahan dari tangan Pak Lah, kini, Najib akan merasakan hal yang sama malah mungkin lebih dasyat. GB difahamkan, pelbagai tekanan dilakukan oleh pihak Najib ke atas pentadbiran Pak Lah supaya Pak Lah berundur dan terpaksa melambaikan tangan mengucapkan sayonara kepada Jabatan Perdana Menteri lebih awal... tidak dapat memenuhi hasratnya menjadi PM selama dua penggal (Tempoh Pak Lah sebagai PM ialah 31 Oktober 2003 – 3 April 2009).
Kini hukum alam mengambil tempatnya. Roda berputar dan Najib perlu merasai bagaimana beliau kini ditekan oleh rakyat supaya berundur kerana kekejaman itu tidak akan dapat mengatasi kebenaran.
Dan terdapat juga kemungkinan Najib bakal mengakhiri pemerintahan sebagai PM lebih awal daripada Pak Lah.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.