KUCHING : Meskipun telah menyatakan kononnya akan berlaku pertukaran Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya umum negeri ke-10, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak masih tidak dapat membayangkan siapa pengganti Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Malah lebih mendukacitakan, Najib juga gagal memberikan tempoh yang tepat peralihan kuasa itu kerana selepas pengumumannya, Taib Mahmud bingkas menjawab peralihan akan berlaku dalam masa bertahun, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub
Ia adalah satu usaha Najib sekali lagi menipu rakyat dan pengundi sarawak ini dengan kononnya Ketua Menterinya sedia meletakkan jawatan, katanya.
"Kerana terlalu lama menerajui kerajaan ini, dengan nyata laporan dibuat seluruh kekayaan dibolot rakus oleh dirinya dan suku sakatnya,seharusnya rakyat Sarawak menukarkan kerajaan dengan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Ia bukan persoalan peralihan kuasa, tetapi persoalan menyelamatkan kerajaan dan rakyat Sarawak dari terus ditipu dan dianak tirikan oleh BN dan kroninya, kata beliau.
Salahuddin juga berkata, kehadiran Najib di Sarawak untuk berkempen sehingga hari pembuangan undi menampakkan Najib amat tergugat dengan bukan sahaja dengan serangan dari Pakatan Rakyat, tetapi mungkin igauan sabotaj dari dalam BN.
No comments:
Post a Comment