Wednesday, April 20, 2011

Kisah Tiga Abdul Terjumpa Jam Sekali Dengan Surat Jaminan

Oleh ramziredang

"Pada zaman dahulu kala, tersebut kisah tiga abdul yang ingin membikin gempak dalam negeri pasir berdengung. Mereka fikir rakyat negeri tersebut bengong seperti mereka lalu mereka merancang sesuatu. Sambil tersenyum dengan menyangka rancangan mereka akan berjaya, mereka memegang kemas sebuah jam dan siap dengan kad jaminan sekali. Kata mereka di dalam hati (hehe tentu si dia akan meggeletar kerana jam ini dia yang punya,malahan tuan jam ini selalu membawa kad jaminan ke mana sahaja dia pergi..orang lain tak pernah bawakpun kad jaminan)

Di ringkaskan cerita ketika rakyat sedang mengerumuni mereka, rancaklah kedengaran mereka bercerita: ketika hamba naik semula ke tempat tidur itu untuk mengambil jam, maka hamba terjumpalah satu wayar, hamba selidik selidik rupa rupanya ada satu kamera video.

Hamba tidak tahu sesiapa yang memasang kamera video itu tetapi hambalah salah seorang di dalam video itu.

Pada pekan yang pertama, suasana di negeri pasir berdengung menjadi hingar bingar. Pengawal telah mengumumkan mengenal pasti siapa pelakon itu.

Bila di tanya oleh mak inang dan dayang dayang semua, kenapa tidak ditangkap sahaja? Pengawal dengan marahnya berkata: saya adalah pengawal, hak saya hendak menangkap atau tidak, bila dan masa mana saya yang akan tentukan,bukan kamu. Saya tidak akan menangkap semata mata kerana inang inang yang desak untuk tangkap, fahammm??

Dengan nada berbisik antara dengar tak dengar ada beberapa inang bercakap:..ngnbynn..khhu...sfgf ..akta penyebaran bahan lucah...nhghgh..hkktrt.."Tidak dapat dipastikan apa yang mereka bincangkan kerana mereka perlahankan suara takut pengawal marah.

Kini hebohlah di pelusuk rantau pasir berdengung, kisah 'sudah dikenal pasti'. Ketika nenek kebayan singah di pasar dan mengintai intai untuk memilih kuih, seorang peniaga yang terlalu lama dan boring dengan gelagat nenek kebayan. Lalu bertanya, "nenek nak beli apa ni,dari tadi tak beli beli. Nak kuih apa?".Nenek menjawab, "kuih itu sudah dikenal pasti". Peniaga bertanya lagi, betul la sudah kenal pasti, tetapi nenek nak kuih apa?" Nenek jawab lagi, "sudah dikenal pasti"

Berbalik kisah jam yang dibawa tiga abdul tadi, penduduk di pasir berdengung sudah mula tidak percaya kerana dikatakan jam yang didakwa dipunya oleh si pulan itu adalah jam yang luar biasa. Ia adalah hadiah dari seorang raja dari negeri Parsi.

Menggelabah tiga abdul. Dengan mengangkat kertas yang ada di tangan mereke melaung: "kenapa tuan hamba semua tidak percaya? Ini dia kad jaminan jam tersebut."

Seorang penebang kayu bertanya: "wahai si tiga abdul yang bodoh lagi bengong, siapa pula yang selalu membawa jam sekali dengan kad jaminan? ada ke orang macam tu? melainkan tuan hamba mencuri jam sekali dengan kad jaminan? Lagi pun jam yang didakwa itu ada cop maharaja?

Dengan cepat peluh keluar berderau dari muka tiga abdul. Sambil kontrol hensem dan buat buat selamba, tiga abdul berkata:" baik, kalau tak percaya bagi hamba tempoh tiga hari"

Tiga abdul pulang dan berbincang macamana nak buat ni?? Takpa, kita call syarikat jam di negeri Cina, suruh dia buat lagi satu yang betul betul sama.

"Aiya tita abedu, wa ar, selalu muat maicam maicam jam,tapi itu maicam ar, wa tatak muleh muat punyaaaa,itu syarikat antale bangse,mana muleh muat lagi satu???lu pigi tanya lain timpat laaa"kata syarikat jam yang tiga abdul call.

Tiga abdul sudah menggelebah. Tambahan pula sudah heboh tersebar berita mengatakan tiga abdul pula yang akan bakal ditangkap. Mungkin ini semata mata satu lakonan tiga abdul dan pengawal, tidak dapat dipastikan oleh rakyat pasir berdengung. Yang pasti tiga abdul pura pura ketakutan.

"tak adil la macam ni...hamba tidak tayang kepada umumpun.."kata mereka sambil tersenyum kerana sudah pasti diri mereka tidak akan diapa apakan kerana memanda menteri adalah rakan karib mereka.

Sebelum apa apa menjadi panjang lebar, tiga abdul sempat pusing cerita, baik: kalau anda tidak percaya cuba jawab soalan ini: berapa kali dia pergi ke inderapura?sapa yang sambut?sapa yang bayar tambang perahu?

Seorang gembala kerbau berkata:"Aik???buat apa tanya??tuan hamba la yang bagi tau...kalau setakat nak tanya..banyaklah soalan kena tanya. Berapa kali ke inderapura, berapa kali ke masai, berapa kali ke jawa,... "

Cerita bersambung selepas siaran berita.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.