Thursday, April 7, 2011

Blog Al-Banjari kena hack - Jangan lupa back-up blog

Petang semalam dalam puluk 4 lebih aku dapat satu SMS dari nombor yang aku tak kenal. SMS tu berbunyi:
Minta tolong sebarkan. Blog Alanjari kena hacked. Untuk maklumat dari Sarawak, layari Malaysiatimes.my. Terima kasih
Bila aku reply balik nak tanya sapa yang SMS aku tu, tak boleh pulak dah, kredit dah habih rupanya. Nak request advance 2 ringgit dari celcom, baru semalam ja aku request, kena top-up dulu baru boleh request pulak.

Aku nak online, Celcom broadband pulak dah tukar jadi berukband, langsung tak boleh connect. Bila dah boleh online aku tengok blog Albanjari ok ja, tak nampak ada masalah pun, siap ada entry baru lagi. Tapi tak lama online berukband buat hal lagi.

Bila habih mesyuarat cawangan semalam dan dah topup hp, aku balas balik sms tu. Rupa-rupanya MSK yang hantar SMS tu. Dia siap marah aku pasai lambat dan dia bagitau yang blog Albanjari dah ok ballik.

Yang aku herannya, pasai apa wak tak sms kat aku sendiri. Takkan kredit habih macam aku jugak kut. Tapi ok jugak MSK yang sms aku, kalau tak aku taktau dia dah tukar no hp.

Bila aku online rupa-rupanya blog IkutSukaAku ada posting pasai blog Al-Banjari kena hacked. Dan posting dia selepastu, dia maklumkan yang blog Albanjari dah ok. Dia qoute komen Albanjari:
radens albanjari berkata...

salam bro,

blog wak dapat diselamatkan semula. Tak sia-sia aku bawak pakar IT ke dalam team ini. Azmi namanya. Sejam lebih blog tiba-tiba ghaib dari blogspera. Nak masuk dashboard..dashboard pun hilang. Aku nak bukak mcmana? Dgn email2 pun kong tak boleh nak dibuka bro..!

sawan jap aku ! Itu yg MSK sent message tadi, pasal semua pintu(ikhtiar) dah digunakan tapi tetap gagal nak masuk.

Kini, albanjari online sudah boleh dilayari semula dengan p/w baru 3 batu punya panjang, kalau depa hacked juga p/w baru aku ni..memang dahsyat giler punya hacker..!

albanjari
Rabu, April 06, 2011 8:07:00 PM - IkutSukaAku
Aku taktau apa yang 'pakar IT" tu buat untuk dapatkan balik blog Albanjari, nasib baik boleh dapat balik, kalau tak boleh dapat, melengung la Albanjari untuk kali kedua. Dan aku yakin si Wak ni takdak buat back-up blog dia tu.

Jadinya sebagai persediaan, terutama sekali kepada blogger yang berisiko tinggi macam wak punya blog tu, buat la back-uk entry blog hangpa kerap sikit. Kalau boleh buat rutin paling kurang sekali seminggu. Kalau yang sehari berpuluh post entry tu elok la buat tiap-tiap hari. Sayang la, kalau blog tak boleh diselamatkan, posting yang dah beribu tu hilang macam tu saja.

Bagi yang tak pernah back-up entry blog lagi dan taktau cara macamana nak buat, sebenarnya senang ja, hangpa boleh buat sendiri.Aku dah tulis tutorial pasai nak back-up entry blog tu kat sini. Cara nak bubuh balik posting tu pulak kat sini.

Untuk buat back-up template lagi senang. Klik kat link "Design" > "Edit HTLM" > Download Full Template.

Senang ja. Memang la senang tapi berapa orang yang rajin buat. Aku pun dah lama tak back-up. Bukan malas nak buat tapi dengan line Berukband Celcom ni, payah sikit. Dengan posting aku yang dah nak dekat 2000 ni, berjanggut jugak la nak kena tunggu baru siap.

Satu lagi sebelum terlupa, tutorial tu cuma untuk yang guna enjin blogger.com saja, yang guna wordpress kena tanya orang lain, aku tak reti pasai aku tak guna wordpress.

Tunggu apa lagi, jom back-up blog.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.