Monday, April 4, 2011

Aktivis dilarang masuk Sarawak:Jangan jual undi anda, pesannya

Oleh Chan Wei See

Steven Ng pernah berkhidmat di bawah badan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita. Beliau kembali ke Semenanjung Malaysia beberapa minggu yang lalu, dan bertolak ke Sarawak pada hari ini. Tanpa dijangka, beliau dihalang di Lapangan Terbang Kuching, setelah mendarat pada jam 6.10 petang tadi.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Steven Ng berkata dirinya menaiki kapal terbang Firefly, bertolak dari KLIA dan beratur seperti biasa untuk pendaftaran selepas mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Setelah beliau menyerah kad pengenalan dirinya, pegawai dengan segera menyoal identitinya, dan membawanya ke satu bilik untuk dipertemukan kepada pihak atasan.

Selepas menunggu 10 hingga 15 minit, pegawai atasan tersebut memaklumkan Steven Ng bahawa beliau telah dilarang untuk memasuki sempadan Sarawak. Meskipun Steven Ng meminta penjelasan, namun pegawai atasan tersebut memberitahu bahawa dirinya hanya melaksanakan perintah daripada pihak jabatan keselamatan, dan tidak tahu punca Steven Ng dilarang.

Jangan jual undi kamu, pesannya

Steven Ng menolak untuk dibawa ke satu bilik lagi untuk menunggu, kerana ia bermakna dirinya ditahan. Beliau berkata kepada pagawai tersebut bahawa alasan mesti diberikan kepadanya, jikalau dirinya ditahan, atau beliau akan menyaman pihak kastam. Akhirnya pegawai tersebut mengakui bahawa dirinya tidak berkuasa untuk menahannya, dan Steven dibenarkan untuk bergerak bebas di lapangan terbang.

Steven berkata, mengikut peraturan, penumpang yang dilarang masuk sempadan negeri harus balik dengan menaiki kapal terbang daripada syarikat yang sama. Maka beliau perlu menaiki kapal terbang Firefly pada jam 11 malam untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Ketika ditanya punca halangan kerajaan negeri Sarawak pada tanggapannya, Steven berkata tempoh dua minggu yang akan datang adalah pilihan raya negeri Sarawak. Ramai aktivis dan ahli politik Sarawak akan mendarat di Sarawak untuk berkempen. Larangan daripada kerajaan BN ini bermakna mereka bimbang bahawa kedatangan aktivis ini bakal mempengaruhi orang tempatan.

Steven Ng mula bergiat dalam gerakan hak asasi di Sarawak sejak empat atau lima tahun yang lalu. Beliau lebih menumpu dalam isu seperti penerokaan dan rampasan tanah adat. Beliau akan memasuki kawasan Sarawak lapan hingga sepuluh kali setiap tahun.

Steven Ng menjadi mangsa menyusuli langkah aktivis hak asasi seperti Kua Kia Soong, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan lain-lain lagi, sebagai warga Semenanjung yang dihalang untuk memasuki Sarawak. Steven Ng mengambil kesempatan untuk menyeru agar rakyat Sarawak tidak menjual undi mereka, kerana ia akan menyusahkan generasi akan datang.

"Seandainya kamu menjual undi kamu, maka yang menderita adalah anak dan cucu-cicit anda. Tiada lagi sumber di Sarawak selepas 10 tahun. Kerajaan terus mencabuli hak asasi manusia, dan saya bukannya satu-satu manusia yang dihalang untuk memasuki negeri lain dalam negara kita."

Steven meneruskan, "Saya nak tanya kerajaan yang bodoh ini, mengapa kami sebagai orang Malaysia, tidak dibenarkan memasuki negeri lain dalam negara sendiri?"

*Chan Wei See ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.